Bagi yang belum mengenali batu kepit ini, ia adalah pemberat yang terdapat lurah pada badannya di mana ia diapitkan pada tali untuk memberi berat pada umpan atau tali.
Oleh sebab saiznya yang kecil dari 0.1 gm ke 10 gm kita dapat mengagak berat yang diperlukan. Penggunaannya pula amat senang sekali iaiitu dengan memasukkan tali ke celah lurah dan mengepitnya.
Batu kepit dijual di dalam paket di mana terdapat beberapa jenis dengan berat yang berbeza. Selalunya terdapat 20-50 biji di dalam plastik. Dan terdapat 2 jenis split shot iaitu jenis bulat (round split shot) dan membujur (oval split shot).
Bagi memancing di kawasan sungai yang berbatu dan sekiranya kita tidak mahu perambut kita putus atau tersangkut maka kita boleh menggunakan kili tiga cabang (three way swivel).
Ia dilakukan dengan mengikat tali utama pada satu cabang, perambut pada cabang yang lain dan pada cabang ketiga diikat tali lebih kurang 7.5cm ke 10 cm di mana beberapa split shot dipasang mengikut laju arus. Sekiranya perambut terlekat beberapa tarikan akan melepaskan perambut tersebut.
Satu cara penggunaan split shot adalah dengan melekatkannya pada tangkal kail apabila menunda dengan menggunakan ikan kecil yang tidak melebihi 15 cm. Cara ini akan memberi aksi pada umpan dengan mengerakkan ikan naik turun.
Cara larian gewang dapat ditingkatkan serta gewang dapat digunakan untuk ditunda lebih dalam lagi sekiranya beberapa batu kepit dikepilkan pada terus pada ikatan perambut. Ini dapat menyebabkan pergerakan gewang bergerak naik turun dan sekiranya perlu gewang berenang lebih dalam lagi boleh lah tambahkan batu kepit mengikut kehendak individu.
Bagi penggunaan umpan cacing atau cengkerik pula batu kepit boleh dikepilkan terus pada tangkal kail. Sekiranya perlu kita boleh juga mengecatnya dengan warna merah untuk menarik perhatian ikan. Kaedah mata kail juga ini amat bagus sekiranya memancing ikan bulus.
Banyak lagi cara penggunaan split shot seperti menjadi penyekat pelampung sekiranya kita perlukan pelampung berada pada sekian tahap dan bermacam lagi. Senang cerita, penggunaannya tertakluklah pada daya inovasi seseorang.
Kegagalan untuk menyertai sesuatu komplot atau trip memancing pada saat-saat akhir sememangnya lumrah dalam dunia memancing. Ada di antaranya disebabkan oleh hal kecemasan yang tidak dapat dielakkan dan ada juga yang sengaja berdalih. Untuk berdalih maka banyaklah alasan yang direkacipta. Antara alasan yang biasa digunakan ialah…
URUSAN KERJA
Kena kerja pada saat-saat akhir merupakan alasan yang paling banyak digunapakai. Terutamanya jika dalam trip tersebut tiada rakan setempat kerja yang turut serta. Kalau ada rakan sekerja yang turut serta sudah tentu alasan tersebut tak boleh digunapakai.
KENDURI KAHWIN
Tak kiralah sama ada ahli keluarga, rakan atau jiran tetangga yang mengadakan kenduri kahwin ia merupakan antara alasan yang kerap digunakan. Lazimnya ia akan disusuli dengan ayat penyata… `kalau aku tak pergi kenduri tu apa pulak orang kata’. Biasanyalah.
gambar hiasan
SAKIT
Alasan jatuh sakit pada hari kejadian (trip) ini biasanya tidak dinyatakan sebaliknya ahli trip yang lain akan tahu sendiri apabila menghubunginya. Biasa juga dia mereka ni akan batuk dulu sebelum jawab salam. Suara pun macam keluar tak keluar. Secara otomatik jugak orang yang menghubungi akan faham dan takkan bertanya panjang lebar lagi.
KELUARGA SAKIT
`Sorry bro… anak aku sakit!!’ Mungkin juga dengan alasan nak hantar mak, isteri, adik, kakak atau sesiapa saja ahli keluarga yang ada ke hospital. Ia merupakan alasan common yang biasa dipergunakan.
KEMATIAN
Ia merupakan alasan yang agak ekstrem tetapi tetap digunapakai terutamanya kepada pemancing yang sudah kehabisan alasan untuk diberikan. Malah ada sesetengahnya yang ingin menguatkan hujah sanggup menyatakan neneknya yang sudah meninggal, meninggal lagi buat kesekian kalinya.
LUPA
Alasan lupa mungkin agak jarang kedengaran kerana sememangnya hampir mustahil bakal pengantin lupa untuk ke majlis perkahwinan. Namun ia masih digunapakai terutamanya kepada pemancing yang sudah kehabisan idea untuk mencipta alasan lain.
SILAP TARIKH
Alasan tersilap tarikh trip hampir menyamai alasan lupa juga. Lazimnya ia digunapakai oleh pemancing yang berkeyakinan tinggi dalam temberang. Kalau tak cukup ilmu lakonan dan sandiwara sememangnya sukar untuk meyakinkan pemancing lain bahawa dia betul-betul tersilap tarikh.
KENDERAAN ROSAK
Kenderaan rosak pada hari kejadianjuga merupakan alasan yang popular. Namun untuk menggunakan alasan ini lazimnya mereka akan menyatakan hal tersebut pada waktu yang tepat. Tidak boleh beritahu kawan-kawan trip terlalu awal dan tidak juga terlalu lewat.
Ikan jelawat merupakan spesies ikan bertulang banyak yang manis dagingnya. Sekiranya memperolehi jelawat bersaiz sederhana kasar (anggaran 500gm seekor), ia saiz yang sesuai untuk dibuat masak tempoyak.
Bahan-Bahan:
2 ekor ikan jelawat saiz sederhana
1/2 cawan tempoyak
10-15 biji cili api (tumbuk halus)
2 biji cili merah (tumbuk halus)
5cm kunyit hidup (tumbuk halus)
2 batang serai (diketuk)
Seikat daun kesum
Cara Penyediaan:
Gaul sebati bahan-bahan tumbuk dengan tempoyak.
Perapkan ikan jelawat yang telah dipotong dengan bahan-bahan tersebut untuk seketika (anggaran 30 minit).
Masukkan ikan dan kesemua bahan ke dalam periuk.
Masukkan air sehingga ikan tenggelam. Hidupkan api dan reneh sehingga mendidih.
Masukkan daun kesum, garam, gula dan serbuk perisa. Reneh sehingga kuah agak pekat.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...