Masak singgang ala Terengganu merupakan menu resipi yang amat mudah untuk dihasilkan. Ia tidak memerlukan banyak bahan rempah ratus dan boleh dihasilkan di atas bot memancing sekiranya memperoleh ikan tersebut.
Bahan-Bahan
Ikan tenggiri
Kunyit hidup (sebesar ibu jari dan dihiris)
Serbuk kunyit
Lengkuas (sebesar ibu jari dan dihiris)
2 keping asam gelugor
Garam
Serbuk perisa
Cara penyediaan:
Masukkan ikan tenggiri (terutamanya bahagian kepala) ke dalam periuk.
Masukkan air sehingga isi ikan tenggelam semuanya.
Masukkan kunyit hidup, lengkuas dan asam gelugor. Hidupkan api dan masak sehingga mendidih.
Setelah mendidih masukkan garam, bahan perisa dan sedikit serbuk kunyit untuk warna.
Kecilkan api dan biarkan ia mereneh kira-kira 5-10 minit atau isi ikan masak sepenuhnya.