Untungnya pemancing ialah dapat menghasilkan juadah makan-makan dari sumber yang segar. Contohnya macam ikan siakap.
Hanya pemancing yang dapat merasai siakap liar yang jauh bezanya rasanya dengan siakap ternak. Apatah lagi kalau dibuat masak 3 rasa.
Bahan-bahan Ikan:
1 ekor ikan siakap (anggaran 800 grm) – dikelar dan lumur dengan garam dan kunyit.
Tepung jagung – untuk dilumur pada ikan.
Minyak – untuk menggoreng
Bahan-Bahan Tumis:
3 ulas bawang putih (diketuk)
5-8 tangkai cili padi (diketuk)
1 inci halia (dihiris halus)
1 batang serai (diketuk)
Bahan-Bahan Sos:
2 sudu besar sos tomato
1 sudu sos cili
1 sudu besar sos tiram
Bahan-bahan tambahan:
1/2 biji bawang besar (dipotong dadu)
1 biji tomato (dipotong dadu)
1/2 biji lada benggala (dipotong dadu)
3 helai daun limau purut
Daun sup / saderi (jika suka)
Cara-Cara Menghasilkannya:
Ikan dibersihkan dan lumur dengan garam dan kunyit. Perap untuk seketika. Kemudian lumur tepung jagung pada seluruh bahagian ikan.
Tuang minyak yang banyak ke kuali untuk menggoreng. Setelah minyak panas masukkan ikan goreng hingga garing, angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak di kuali yang lain dan tumis bawang putih, halia, cili besar, dan serai. Setelah bawang putih kekuningan masukan bahan-bahan sos dan limau purut dan kacau sebentar.
Akhir sekali, dimasukkan bahan-bahan tambahan dan masukkan sedikit air, tambah garam, gula dan bahan perasa.Biarkan kuah mendidih seketika sehingga kuah agak pekat angkat dan tuang ke atas ikan yang telah digoreng tadi.