Resepi Pemancing: Siakap Cili Limau

Share

Ikan siakap bersaiz sederhana atau table size, memang sedap dijadikan hidangan. Masak apa sahaja, jika kena dengan masakan, pasti sedap, walaupun ada sesetengah kaki pancing tidak menyukainya untuk hidangan (hanya seronok memancingnya sahaja).

 

Bahan Keperluan: 

  • 1 ekor ikan siakap
  • 3 sudu makan stok sup

BAHAN 1:

  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji cili merah
  • 5 biji cili padi
  • 10 gm daun ketumbar dicincang halus

BAHAN 2:

  • 2 sudu makan sos ikan
  • 2 sudu makan jus limau nipis
  • 1/2 kiub pati ayam
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA-CARA MEMBUATNYA

  1. Kukus ikan selama 10 minit. Ketepikan.
  2. Untuk sosnya, sediakan periuk dan masak stok sup.
  3. Masukkan semua bahan (1) dan biarkan mendidih seketika.
  4. Masukkan bahan (2) dan perasakan hingga cukup rasanya.
  5. Biarkan seketika dan tuangkan ke atas ikan yang siap dikukus.
Published by
Amang