Antara keseronokan memancing aya sirip kuning ialah adanya peluang untuk merasai kenikmatannya apabila dijadikan shasimi.
Kalau korang penggemar sushi atau shasimi, kenalah bawa bahan-bahan ini bersama dalam trip korang tu.
Kalau tak dapat ikan aya sirip kuning pun tidak menjadi isu sangat kerana bahan-bahannya ringkas dan sedikit saja.
Bahan-bahan:
Ikan aya sirip kuning segar
Kicap shasimi
Serbuk wasabi
Cara penyediaannya:
Langkah 1
Sebaik saja ikan aya sirip kuning berjaya didaratkan, terus saja lakukan kerja-kerja menyiang dan membersihkannya.
Langkah 2
Seterusnya ambil bahagian isi ikan dengan membelah pada bahagian tulang tengahnya.
Langkah 3
Isi ikan yang dibelah itu dipotong dua.
Langkah 4
Kemudian buang bahagian kulit, bahagian daging berwarna gelap kehitaman dan saki saki bahagian bertulang dipotong dan dibuang.
Langkah 5
Isi ikan kemudian dibersihkan sepenuh. Guna saja air laut untuk merendam dan membersihkannya.
Langkah 6
Seterusnya hiris isi ikan secara menyerong mengikut ketebalan yang dikehendaki.
Langkah 7
Isi ikan perlulah dibungkus rapi setelah proses memotongnya siap dan menunggu masa untuk dinikmati.
Langkah 8
Seterusnya penyediaan sos pencicah. Masukkan serbuk wasabi ke dalam bekas atau mangkuk.
Langkah 9
Kemudian tambahkan kicap shasimi dan kacau hingga ia sebati. Maka ia siap sedia untuk dinikmati.
* Namun admin memilih umai daripada shasimi. Tekak Melayu admin ni belum sedia untuk menelan ikan mentah.