Apa persamaan jambu golok atau buah gajus dengan mencandat sotong? Ramai yang tidak mengetahui bahawa sotong dan jambu golok berkongsi musim yang sama.
Tatkala musim mencandat sotong itulah pokok gajus akan berbuah. Mungkin disebabkan persamaan inilah maka terhasilnya menu masak lemak sotong dengan buah jambu golok yang cukup popular di Terengganu.
Bahan-bahannya:
Beberapa biji jambu golok
Beberapa ekor sotong (saiz sederhana)
Secawan santan pekat
Ads
Dua ulas bawang merah
2 biji cili merah
Secubit garam
Sesudu gula
Cara memasak:
Ads
Buah jambu golok (yang masak atau matang) di potong halus. Kemudian direbus sehingga empuk.
Setelah itu, angkat dan toskan jambu golok tersebut sehingga buah tersebut sejuk. Kemudian ramas-ramaskan buah tersebut sehingga keluar airnya (hilang rasa kelat buah).
Ads
Masukkan santan serta masukkan bawang merah yang telah dihiris ke dalam periuk dengan api sederhana.
Tambah setengah cawan air agar kuahnya tidak terlalu pekat.
Kemudian masukkan sotong yang telah dibuang kulit selaputnya serta di potong bulat. Masukkan jambu golok yang telah diramas tadi serta masukkan cili merah yang di hiris, gula dan garam. Gaulkan seketika kemudian tutp api serta sedia untuk dihidangkan.
Cadangan hidangan; buat sambal belacan dan goreng ikan gelama pekasam dan makan ketika nasi masih panas-panas!
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Umpan power saja tak menjamin korang akan dapat strike. Teknik perambut, cara persembahan dan cara kepalan umpan turut menjadi faktor utama kejayaan.
Jika kesemua ini dilakukan dengan sempurna, barulah anda boleh menanti umpan disambar ikan.
Langkah 1
Buat perambut Y dengan menggunakan perambut tangsi. Boleh lakukan teknik loop knot untuk menghasilkan perambut cabang (Y) yang sebelah panjang dan sebelah pendek. Anggaran hujung yang pendek 1/3 dari perambut panjang.
Cucuk pelet apung bersaiz besar pada mata kail perambut panjang. Manakala mata kail perambut pendek pula dicucuk jajan (keropok jagung).
Tujuan jajan adalah untuk membolehkan pelet dikepal kemas pada mata kail.
Langkah 3
Letakkan pelet kepal (pelet bancuhan berasingan dengan pelet yang dicucuk pada mata kail) yang telah dibancuh dengan perisa umpan ke atas tapak tangan.
Kemudian letakkan mata kail berjajan dan kepal dengan kemas. Bahagian ini dinamakan pelet inti.
Langkah 4
Letak lagi pelet kepal pada sebelah tangan dan letakkan pelet inti ke atasnya. Seterusnya tambah lagi pelet kepal menutupi pelet inti.
Langkah 5
Lakukan kepalan dengan kekemasan sederhana (sekadar tidak pecah ketika melakukan balingan) tidak sebagaimana mengepal pelet inti.
Pelet kepal ini akan berderai di dalam air (untuk menarik perhatian ikan) dengan meninggalkan pelet inti saja yang akan disambar ikan.
Langkah 6
Persembahan umpan yang berkesan untuk menarik perhatian ikan di dalam air. Perambut panjang yang mata kail dicucuk pelet akan terapung di dalam air.
Mata kail inilah yang lebih tinggi peluang disambar ikan berbanding mata kail perambut pendek yang tenggelam di dasar.
Ada yang beranggapan ikan jenahak amat cerewet memilih umpan dan ada pula yang menyatakan ikan jenahak ini bersifat pelahap dan bedal apa saja umpan yang melintas depan matanya.
Pendapat tersebut ada pro dan kontranya tersendiri. Walaupun spesies jenahak ini merupakan ikan yang oportunis, umpan-umpan berikut antara umpan yang dianggap terbaik untuk memancing jenahak.
Sotong jarum (sotong cumit)
Tidak kiralah perairan di Selat Melaka atau Laut China Selatan, sotong jarum atau sotong cumit merupakan umpan yang paling killer untuk menjerat ikan jenahak.
Terutamanya jika menggunakan sotong hidup pada malam hari.
Sotong hidup ini boleh dijadikan umpan dengan mencangkukkan mata kail pada bahagian sirip atau hujung ekornya.
Sekiranya ia sudah mati dan masih berkeadaan segar ia masih merupakan umpan yang sangat berkesan. Ia boleh dihiris secara kepingan atau dicangkuk seekor pada mata kail.
Sotong kurita
Di sesetengah tempat atau perairan mungkin sotong kurita tidak selaris sotong cumit jika dijadikan umpan jenahak.
Namun di sesetengah tempat terutamanya di perairan zee zone Pelabuhan Kelang (laluan kapal), sotong kurita merupakan umpan paling killer dan WAJIB dibawa sekiranya ingin memancing jenahak.
Ekoran daripada itulah harga sotong kurita di sini melambung sehingga RM20 seekor. Sotong kurita sangat berkesan digunakan ketika hidup sama ada menggunakan tentakel (tangan) sahaja atau seekor.
Jika menggunakan seekor, mata kail perlu disangkut tidak terlalu dalam pada bahagian kepalanya.
Udang lipan
Udang lipan atau ada sesetengahnya memanggil udang mentadak merupakan umpan alternatif sekiranya tidak berjaya mendapatkan sotong cumit atau sotong kurita.
Udang lipan sebenarnya merupakan umpan yang killer jika digunakan ketika ia masih hidup. Namun jika sudah mati, ia sudah hilang keberkesan untuk menggoda jenahak atau spesies lain.
Justeru ia haruslah disimpan di dalam bekas yang terdapat air masin (laut) dan udara mengalir masuk ke dalamnya.
Manakala bekas simpanan udang lipan pula sebaiknya tertutup atau tidak terdedah secara langsung kepada cahaya matahari.
Sebelum menjadikan udang lipan sebagai umpan, terlebih dahulu perlu diketahui cara-cara pengendalian udang tersebut bagi mengelak sebarang kecederaan berikutan keupayaan kuasa jentikan kaki depannya.
Udang lipan perlu dipegang dari arah belakang dengan menekan kepala dan ekornya sehingga berlipat.
Kemudian barulah dua mata kail dicangkukkan pada sisi ekor dan sisi badannya bergantung pada saiz udang dan perambut mata kail itu sendiri.
Udang putih (hidup)
Sebagaimana udang lipan, udang putih juga sangat berkesan untuk memikat jenahak ketika ia masih hidup.
Apabila sudah mati ia lebih merangsang selera ikan-ikan lain yang merupakan bukan ikan sasaran seperti duri dan seangkatan dengannya.
Pada kebiasaannya juga udang hidup lebih sesuai untuk memburu jenahak diperairan cetek sekitar 30 kaki dan ke bawah.
Ia mungkin sesuai dengan habitat udang yang tidak berada di perairan dalam. Namun jika ingin mencari jenahak di muka kuala atau muara sungai, udang hidup sememangnya umpan terbaik.
Ikan hidup & hirisan ikan
Ikan hidup seperti belanak, tamban dan pelata merupakan antara umpan hidup yang bersesuaian untuk menjinakkan jenahak.
Namun sebagaimana udang, ia memerlukan penjagaan yang rapi untuk mengekalkan kesegarannya. Namun umpan ikan hidup ini tidak sesuai untuk digunakan agak lama kerana ia mudah mati.
Justeru ia perlu diperiksa kesegarannya untuk tempoh tertentu. Manakala untuk hirisan ikan segar pula, ikan-ikan seperti selar, selayang dan kembung merupakan alternatif terbaik jika kehabisan umpan hidup.
Malah ada ketikanya umpan hirisan ikan ini lebih laris berbanding umpan hidup.
Gewang
Tidak dinafikan teknik pancingan jenahak menggunakan umpan tiruan seperti jig merupakan trend terkini.
Disebabkan keberkesanan penggunaan jig inilah membuatkan ikan jenahak semakin ramai peminatnya.
Berbanding penggunaan umpan hidup, penggunaan umpan tiruan ada kelebihan dan kekurangan.
Umpan tiruan (jig dan lain-lain) berupaya menggoda jenahak datang menerkamnya dan boleh dikatakan spesimen yang didaratkan menggunakan umpan tiruan ini lebih besar namun ia masih kalah jika dibandingkan jumlah atau kuantiti hasil yang diperoleh.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...