Pada kebiasaannya para pemancing lebih gemar meratah ikan lampam yang digoreng garing-garing. Tapi bagi pemancing yang rajin, macam-macam menu boleh dibuat berasaskan ikan lampam. Salah satu daripadanya ialah Sambal tumis tempoyak!
Bahan-bahan:
2 ekor ikan Lampam (kelar badan)
1 inci Kunyit hidup (ditumbuk)
3 ulas wawang putih (ditumbuk)
1 batang Serai (diketuk)
5 ulas bawang kecil (ditumbuk)
5 biji cili kampung (ikut tahap kepedasan)
Tempoyak
Ads
Cara Penyediaan:
Gaulkan ikan lampam dengan kunyit dan garam. Kemudian goreng ikan lampam di dalam kuali dan biarkan sehingga ia garing dan rangup.
Ads
Masukkan bahan yang telah siap ditumbuk tadi ke dalam kuali dan juga serai sebatang dan tumis bersama bahan-bahan di atas. Tunggu sehingga bahan-bahan tersebut agak garing.
Bila bahan-bahan yang ada tu dah naik bau dan agak-agak dah garing, masukkan tempoyak dan gorengkan bersama bahan-bahan tadi. Tambah garam dan gula sehingga cukup rasa.
Ads
Campurkan sedikit air ke dalam bahan-bahan tadi supaya tidak terlalu garing dan hangus. Air itu juga supaya ia berkuah sedikit.
Masukkan ikan goreng tadi ke dalam bahan-bahan yang ditumis dan kacau bersama sehingga semua bahagian ikan disaluti dengan tempoyak.
Siap dan sedia dihidang sambil memancing lampam lagi!
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Aktiviti berkhemah sambil memancing di tebing sungai pergunungan sememangnya menyeronokkan. Lebih seronok lagi bila dapat mendaratkan ikan-ikan sungai dan segera dijadikan juadah. Tiada yang lebih mewah selain hidangan ikan-ikan segar terus dari sungai. Malah hidangan hotel 5 bintang pun tak boleh lawan.
Baung campur udang galah masak tempoyak
Bahan keperluan:
Ikan dan udang
2 senduk tempoyak
1 tangkai daun kesum
1 batang bunga kantan
Cili api
Serbuk kunyit (kunyit hidup lagi bagus tapi lesung batu tak bawa)
Garam
Cara penyediaan:
Siang dan cuci bersih ikan dan udang
Bunga kantan dihiris dan cili api diketuk
Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan tambah air sebanyak mana yang ingin dijadikan kuah.
Rebus saja sehingga menggelegak… dah pun boleh dihidangkan.
Ikan sungai goreng garing
Bahan-bahan:
Ikan lais, lampam, parang (apa saja ikan yang dapat)
Serbuk kunyit
Garam
Minyak
Cara penyediaan:
Bersihkan dan kelar badan ikan
Gaul ikan dengan garam dan serbuk kunyit
Goreng dengan api sederhana sehingga garing.
Patin lawang salai
Bahan keperluan:
2 ekor patin lawang kecil
garam
Kunyit
Cara penyediaan:
Bersihkan ikan patin lawang dan kelar memanjang pada badannya.
Lumurkan garam dan kunyit.
Cucuk ikan pada ranting kayu dan pacak berdekatan dengan bara api sehingga masak.
Ikan patipok atau pecah periuk ialah sejenis ikan yang memiliki tubuh warna hitam hampir legam. Ikan yang kelihatan hitam, hodoh dan kotor ini sebenarnya memiliki rasa yang sangat enak. Malah ia juga mengandungi khasiat yang mengagumkan.
Tinggi Kandungan Protein
Dengan pengambilan ikan patipok setiap hari, ia dapat memberi manfaat yang mencukupi keperluan protein tubuh kita, membantu melancarkan proses metabolisme. Selain dapat mengatasi depresi, meningkatkan mood dan baik untuk pencernaan.
Mengatasi Stress
Stres boleh dialami oleh sesiapa saja, sama ada yang tua mahupun orang muda. Ia kadang kala diabaikan begitu saja, tidak segera ditangani, sedangkan ia hanya menyebabkan ia bertambah parah. Ia juga boleh mengakibatkan kadar peratusan asid dalam darah tubuh anda menaik. Amalkanlah memakan ikan patipok ini untuk mengatasinya.
Mengubati Mata Kering
Mata kering mampu membuatkan orang lebih sukar untuk melakukan beberapa kegiatan, seperti menggunakan komputer atau membaca untuk jangka waktu yang agak lama. Maka dari itu anda perlu memakan ikan patipok ini untuk mengatasinya.
Mencegah Herpes
Herpes merupakan jenis penyakit kulit yang disebabkan oleh virus varisella, dapat menyebabkan kulit menjadi ruam. Biasanya disulami sakit dan demam. Jika mengalami seperti itu terkadang penyakit sering cepat sembuh dan kemudian muncul lagi. Namun ikan patipok dapat mencegahnya.
Mencegah Rematik
Sering memancing pada waktu malam akan menjadi salah satu penyebab rematik. Ketika berada dalam keadaan cuaca sejuk, udara yang lembab dan angin kencang, maka tubuh akan mengalami penyumbatan tenaga. Namun anda tidak perlu terlali risau kerana pengambilan ikan patipok ini mampu mencegahnya.
Mencegah Obesiti
Daging ikan patipok tergolong kadar lemaknya rendah jadi dapat mencegah obesiti atau kelebihan berat badan. Jadi apabila anda makan sehari tiga ekor ikan pun tidak berpengaruh jadi cepat gemuk. Selain itu juga terhindar dari kolesterol tinggi, sehingga jauh dari penyakit yang dapat membahayakan tubuh anda.
Mengandungi Zat Besi
Zat besi yang terdapat pada ikan patipok bermanfaat sebagai bahan utama pembentukan darah. Sehingga ini juga baik apabila diamalkan oleh penderita anemia, supaya membantu eritrosit. Selain itu juga daya tahan tubuh anda akan tambah meningkat, jadi tidak akan mudah pening, lelah ataupun lesu.
Memperkuat Tulang dan Gigi
Kandungan mineral berupa kalsium dan fosfor yang ada pada ikan patipok memberi manfaat untuk memperkuat struktur tulang serta gigi manusia, sehingga terhindar dari kerapuhan tulang. Maka dari itu ini sangat baik apabila diambil secara rutin, terutama bagi masa tumbesaran anak-anak.
Menurunkan Kolesterol Tinggi
Ikan patipok jika dimakan secara rutin dan teratur berkhasiat dapat menurunkan kolesterol tinggi pada tubuh anda, kerana mengandung kadar lemak yang sangat rendah. Bahkan ia turut membantu menghalang timbulnya penyakit serangan jantung mahupun stroke.
Cara mengesan jika dijangka akan berlaku kejadian:
Sentiasa melihat ke arah hulu sungai atau puncak atau lembah pegunungan. Lihatlah pergerakan awan, jika mendung kemudian keputihan bermakna hujan telah turun. Maka buatlah penilaian anda sendiri sama ada selamat atau tidak untuk terus memancing di sungai itu.
Jika anda memancing di kawasan hulu sungai atau air terjun terutamanya musim hujan, lihatlah sekeliling kawasan dan cuba cari sebarang tanda yang menunjukan paras air yang melimpah di kawasan tersebut. Selepas itu buatlah suatu tanda aras selamat. Sebagai contoh dengan menggunakan kayu atau batu sebagai penanda aras sama ada air naik atau tidak.
Bunyi dentuman gerakan batu-batan, pokok kayu tumbang atau deruan air dari hulu sungai. Air sungai berbuih dan meningkat secara tiba-tiba (kelodak, daun reput atau ranting kayu muncul dengan banyak di permukaan air). Maka segeralah beredar dari sistem ke kawasan tinggi.
Dengan melihat perubahan warna air dan arus yang mengalir, jika air bertukar warna dari jernih menjadi keruh juga arus bertambah kuat lebih baik anda naik.
Kadangkala air tidak menjadi terus keruh, tetapi perubahan kepada deras air akan berlaku. Jika anda merasakan tekanan kepada kaki, seperti tenggelamnya ia di dasar sungai (akibat pasir) maka naiklah ke darat.
Apa patut buat jika ia berlaku kepada anda?
Jika sedang berkhemah dan memancing, segeralah cari kawasan yang lebih selamat terutamanya kawasan yang lebih tinggi dan jauh dari sungai. Kemas dan bawa barang-barang atau dokumen penting terlebih dahulu.
Jika sedang trekking dan meranduk sungai secara berkumpulan, bantulah rakan yang berada di tengah-tengah untuk menyeberang secepat mungkin. Jika ada yang baru menyeberang atau belum menyeberang maka berpatah balik dan carilah tempat selamat. Segera berlari naik ke kawasan tinggi atau memanjat pokok besar yang difikirkan selamat.
Sekiranya anda tidak bernasib baik terperangkap, berpautlah pada pokok, ranting atau apa saja yang boleh dijadikan apungan. Dalam pada masa yang sama ikut sahaja arus itu dan cari peluang untuk berenang ke tepi. Jangan cuba melawan arus kecuali anda yakin mampu melawan arus untuk ke tebing.
Andai kata ada mangsa yang terperangkap dan boleh diselamatkan, gunakanlah tali atau kayu untuk menolong mereka ke tempat selamat. Jangan berenang untuk menolong kerana sangat berbahaya.
Ini disebabkan jika kepala air berlaku, kebiasaannya ia akan membawa sekali kayu atau pokok yang tumbang batu dan pasir dan ini akan boleh mengakibatkan kecederaan yang teruk.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...