Resepi Pemancing : PB Masak Masam Manis

Share

 

Kalau korang takde masalah untuk makan ikan tilapia (terutamanya tilapia hitam) maka sebenarnya langsung takde isu korang tak boleh nak makan ikan peacock bass atau PB. Sebenarnya tekstur ikan PB lebih lebih pejal dan enak berbanding tilapia. Masak apa pun sedap!

 

Bahan-bahan :

 

1 ekor peacock bass (40 cm)
10 biji tomato ceri
1 labu bawang besar (dipotong bulat)
5 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
Nenas masak (dipotong dadu)
1/2 inci halia (dihiris nipis)
2 sudu besar sos tiram
1/2 cawan sos cili
Serbuk kunyit
Garam dan gula

 

Cara penyediaan :

 

  Bersihkan ikan, perap seketika dengan air limau nipis, kemudian lumurkan ianya dengan serbuk kunyit dan garam secukup rasa.

  Panaskan minyak secukupnya untuk goreng deep fry dan goreng ikan sehingga garing. (Gunakan api sederhana supaya ikan tidak hangit/hangus).

  Angkat dan ketepikan.

 

(Bahan sos)

  Panaskan sedikit minyak (ambil minyak gorengan tadi) dan tumis bawang putih,bawang besar yang dipotong dadu dan halia sehingga naik bau.

  Masukkan bahan sos dan tomato dan bawang hiris serta bahan sos.

  Kacau sebati, kalau ingin berkuah, masukkan sedikit air.

  Perasakan dengan garam dan gula dan kacau sebentar.

  Angkat dan bolehlah dituangkan ke atas ikan yang telah digoreng tadi.

Published by
Amang