Ikan patin memang sedap dimakan. Masak apa sahaja, walaupun goreng garing cicah kicap berlada pun sudah sedap. Apatah lagi jika dimasak tempoyak. Namun bagi sesetengah tempat di Pahang terutama di Pahang, masakan ikan patin tempoyak dikatakan tidak lengkap lagi selagi tidak di campur dengan timun tahun. ( Di sesetengah tempat timun tahun dikenali sebagai timun berat, timun tua dan sebagainya)
BAHAN-BAHAN:
Ads
1 ekor ikan patin (dipotong kecil)
1 biji timun tahun
4 sudu makan tempoyak (dikisar)
23 biji cili padi (dikisar)
13 tangkai daun kesum (dikisar)
2 sm kunyit hidup (dikisar)
3 sudu teh garam (dikisar)
Air secukupnya
CARA-CARANYA:
Ads
Didihkan air bersama bahan kisar hingga mendidih.
Ads
Kemudian masukkan timun tahun dan biarkan masak sebati.
Masukkan ikan dan perasakan dengan garam secukup rasa.
Biarkan hingga mendidih dan sedia untuk dihidangkan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Tepat jam 7.00 pagi, Fami telah pun menyiapkan perkakasan memancing iaitu dua batang joran beserta umpan khas dedak ayam yang digaul mesra dengan beberapa ramuan rahsia.
Sungai ini terletak berhampiran dengan Lebuhraya Utara Selatan. Untuk memudahkan kami sampai ke kawasan sungai yang dikatakan banyak lubuk ini, kami hanya menaiki motosikal untuk ke sana. Saya membonceng bersama Zulhelmi. Bukan jauh sangat pun, hanya 45 minit perjalanan dari rumah.
Di pertengahan jalan, Bahar sudah menunggu. Kami bertiga menunggang motosikal dengan penuh berhemah, maklumlah semuanya sudah berkeluarga. Lebih kurang jam 9 pagi kami tiba di tebing sungai tersebut dan kami memilih kawasan berteluk yang airnya mengalir lesu. Bagi saya, ini adalah lokasi yang sesuai untuk melabuhkan umpan.
Zulhelmi terus melabuhkan dua jorannya berhampiran dengan rumpun buluh. Saya pula memilih untuk melontarkan umpan berhampiran seketul batu besar yang berada di tengah sungai. Bahar pula agak ke hulu sedikit.
Dia memang tidak suka memancing di arus yang deras, katanya tidak banyak ikan besar di situ. Kami bertiga memancing dalam keadaan santai dan melayan perasaan masing-masing.
Pagi itu, rezeki Bahar agak murah jika dibandingkan dengan kami berdua. Ikan patin sebesar lengan menyambar umpan yang dipasang. Disebabkan jeles dengan rezeki yang diperolehi Bahar, Zulhelmi mula menukar port.
Hanya saya sahaja yang masih setia kekal di situ sambil mata tetap merenung ke hujung joran menantikan bilakah ia akan melentur menandakan umpan telah dimakan ikan.
Ketika inilah saya terlihat seorang wanita tua bongkok dua berjalan memegang tongkat di celah-celah belukar berhampiran anak sungai yang cetek tidak jauh dari saya sedang duduk.
Nenek tua itu memakai baju kebaya berwarna hijau tua dengan rambutnya bersanggul rapi. Sungguh aneh pada pandangan saya. Jalannya pula sungguh pantas tetapi langkah yang di atur agak pendek. Seketika, dia merenung saya tanpa suara. Ketika itu, jantung saya terasa berdebar-debar dan bagaikan ada satu kuasa yang menyuruh saya agar mengejar nenek tua tersebut.
Saya terus meninggalkan pancing saya lalu turun dari batu besar dan separuh berlari saya cuba mengejar nenek tua itu. Sayup-sayup saya terdengar suara Zulhelmi menjerit nama saya tetapi langsung tidak saya endahkan.
Saya terus berlari meredah semak belukar untuk mendapatkan nenek tua kebaya hijau tadi. Kadang-kadang bila saya rasa semakin hampir dengannya, nenek itu seperti berjalan sangat pantas.
Saya langsung tidak berpeluang untuk berjalan bersaing dengannya. Kadang-kadang saya hampir-hampir tersungkur apabila langkah kaki tersadung pada akar-akar kayu yang timbul di permukaan tanah. Lama kelamaan saya mula terasa penat dan mengah.
Nenek tua kebaya hijau itu pula seperti mahu mengacah-acah saya. Apabila langkah saya mula perlahan dan terhenti, dia juga seperti memperlahankan langkahnya.
Sesekali dia mengerling dan tersenyum kepada saya seolah-olah mahu berkata ‘marilah nak, datang dekat pada nenek’. Akhirnya, saya duduk tersandar pada sebatang kayu cengal yang ada di tengah hutan itu.
Baju saya dibasahi peluh. Waktu itu, saya sudah terlupa pada pancing yang saya tinggalkan apatah lagi pada Zulhelmi dan Bahar. Apa yang ada di dalam kepala saya hanyalah mahu mengejar nenek tua berkebaya hijau itu.
“Suhairi..! Suhairi… Riiii…” saya ternampak Zulhelmi dan Bahar sedang melaung nama saya.
Kedudukan kami sangat hampir tetapi hairan mereka seolah-olah tidak nampak saya hanya satu hasta di belakang mereka.
“Zulhelmi… Bahar!” saya pula memanggil. Namun, suara saya juga tidak mereka dengar! Nenek tua itu pula hanya tersenyum memerhatikan saya.
“Ni tak boleh jadi. Aku fikir elok kau azan sahaja tujuh kali. Kalau tak, Tiada langsung bunyi unggas ataupun sahutan ungka yang biasanya bingit di telinga. Hatta seekor nyamuk pun tidak ada yang mengigit tubuh badannya!
“Aneh betul suasana tempat ni… mahu hilang Suhaimi” kata Zulhelmi kepada Bahar. Saya lihat Bahar hanya mengangguk.
Sebaik sahaja Bahar melaungkan azan, nenek tua berkebaya hijau tadi menutup telinga dan berjalan tergesagesa meninggalkan saya. Ketika itu pula pandangan saya seakan berpinar, dengan pandangan keliling saya berputar laju.
Azan kali kelima, barulah Zulhelmi dan Bahar terlihat saya yang hampir pengsan di perdu pokok cengal itu. Mereka berdua memapah saya pulang dan kemudian menumpangkan saya pada sebuah teksi sapu yang ada di situ.
Pada mulanya mereka memancing ikan gombeng dan anak ikan bayan iaitu sejenis ikan karang berwarna warni dan mudah di jumpai bermain di jeti-jeti dan dermaga. Pada masa yang sama pancing mereka sering digasak oleh kumpulan ikan leper yang berada di bawah kawanan ikan gombeng terbabit.
Saya yang sekian lama memerhati tingkah laku mereka lalu mendatangi dan menawarkan diri untuk menjinakkan ikan terbabit. Saya guna apollo buatan sendiri saja. Apollo buatan sendiri itu dipasang umpan hirisan ikan kecil tanpa pemberat.
Memandangkan kumpulan ikan gombeng dan kumpulan anak ikan bayan terlalu banyak, maka dengan mudah umpan dikikis sebelum sempat dijamah spesies yang dihajati. Menyedari teknik demikian tidak akan berhasil, saya pun menukar saiz umpan lebih besar lagi dan apollo dipasang batu ladung nombor 3.
Ternyata teknik ini berjaya melabuhkan umpan tepat ke wilayah ikan kitang lada menurut panggilan tempatan dan membuahkan hasil. Ia cukup menggembirakan pelancong tersebut. Apollo itu saya hadiahkan kepada mereka dan sebelum beredar sempat juga saya pesan cara pengendalian ikan yang memiliki duri berbisa pada sirip tajamnya itu.
Dalam hobi memancing, terdapat banyak petua dan kepercayaan yang diamalkan oleh ramai kaki pancing. Begitu juga dengan petua pantang larang yang sukar untuk diterima oleh logik akal. Ada juga yang tidak ambil kisah dengan perkara tersebut dan ada yang percaya. Berikut antara pantang larang yang korang boleh nilaikan sendiri.
Set Pancing Dekat Tong Sampah
Dilarang meletakkan barang pancing terutama batang joran berhampiran atau bersebelahan tong sampah dan penyapu. Ia dikatakan mendatangkan `sial`dan dipercayai jika menggunakan batang joran berkenaan tidak akan dapat ikan.
Kunyit & tepung
Jika memancing di sungai yang dipercayai ada buaya, jangan gunakan umpan tepung yang digaul dengan kunyit. Buaya tidak suka bau kunyit dan ia boleh ‘mengamuk’ dan ini boleh mendatangkan bahaya kepada pemancing.
Sesat di hutan
Jika tersesat di dalam hutan semasa memancing dan tidak menjumpai jalan pulang, ada petua yang agak ngeri iaitu telanjang dan buang air kecil. Selepas itu, ambil tanah di antara tapak kaki anda dengan tempat membuang air kecil tadi dan bawalah sepanjang jalan. Khabarnya jalan pulang akan ditemui.
Pemakaian kasut
Apabila memancing di dalam sampan atau bot jangan pakai selipar atau kasut. Ia seperti hendak masuk rumah sendiri dan juga rumah orang lain. Ia seperti tanda hormat dan adab. Ada juga beranggapan benda-benda di bawah (dalam air) tidak suka kepala mereka dipijak dengan selipar atau kasut yang kotor.
Langkah joran
Petua ini menjadi ikutan ramai pemancing hingga ke hari ini. Pantang larang agar batang pancing tidak dilangkah ada kalanya menjadi satu medan pertengkaran sesama rakan pancing. Apa yang sering dikatakan adalah batang pancing akan ‘suwei’ apabila kena langkah dan hasil tangkapan akan meleset.
Meludah umpan
Petua ini turut menjadi amalan hingga kini. Ada yang melakukan pada umpan yang pertama di dalam aktiviti memancing dan ada yang sentiasa meludah setiap kali menukar umpan baru. Ada yang beranggapan untuk isyarat membuang ‘suwei’ dan ada yang kata sebagai ‘daya penarik’ ikan atau udang.
Patah balik
Dilarang patah balik ke rumah sekiranya ada tertinggal barang. Ada yang beranggapan akan berlaku perkara tidak baik dan juga tidak akan dapat hasil tangkapan. Itu kalau benda-benda kecil yang tertinggal la… kalau dah joran dengan reel yang tertinggal. Gila ke apa tak nak patah balik?
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...