Sekiranya anda bercadang untuk menukar menu juadah ikan tilapia merah, kami cadangkan anda buat pias tempoyak pulak.
Bahan-bahan keperluan:
1-2 ekor ikan tilapia merah
200 gm tempoyak
10 biji cili padi (ditumbuk lumat)
2 ulas bawang merah (ditumbuk lumat)
3 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
2 cm kunyit (ditumbuk lumat)
3 helai daun kaduk (dihiris halus)
1 helai daun kunyit (dihiris halus)
1/2 kuntum bunga kantan (dihiris halus)
Garam dan gula secukup rasa
Bahan pembalut ikan:
2 helai daun kunyit
Daun pisang
Aluminium foil
Cara-cara penyediaan:
Bersihkan ikan dan rendam dengan air asam jawa seketika untuk menghilangkan bau hanyir.
Satukan bahan yang telah ditumbuk lumat bersama tempoyak. Gaul rata sehingga setiap bahagian ikan.
Kemudian masukkan bahan yang dihiris diikuti dengan garam serta gula secukup rasa.
Lumur bahan campuran tempoyak tadi pada ikan tilapia dengan rata.
Balut ikan dengan menggunakan daun kunyit serta daun pisang. Lapik aluminium foil dan bakar lebih kurang selama 30 minit atau sehingga masak.