Resepi Pemancing : Kerapu Boron Masam Manis

Share

Sekiranya korang berjaya mendaratkan seekor kerapu boron bersaiz melebihi saiz hidangan meja makan, cara terbaik untuk dijadikan juadah adalah dengan memotongnya kecil-kecil. Dan salah satu resepi terbaik untuk memasaknya adalah masak masam manis.

 

Bahan-Bahan Keperluan:

 

Isi ikan kerapu dipotong kiub
110 gm tepung jagung (dicampur sedikit garam)
1 biji telur (dipukul)
Minyak masak secukupnya
Bahan Sos:

 

5 biji bawang merah
5 biji bawang putih (dikisar)
3cm halia
1 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
1 cawan air
Garam secukup rasa

Cara Penyediaan Ikan

1. Gaul ikan dengan telur dan tepung jagung.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ikan tadi sehingga garing. Angkat dan ketepikan.

 

Cara Penyediaan sos:

1. Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
2. Selepas itu masukkan cili kisar dan kacau sehingga pecah minyak.
3. Masukkan air , sos cili , sos tomato dan garam secukup rasa.
4. Apabila sudah mendidih, angkat dan tuangkan kuah ke atas ikan.

Published by
Amang