Memancing dapat kerapu, memanglah syok, sebab dah terbayang nak masak apa. Selain masak stim limau, stim halia, goreng, tiga rasa, kerapu juga sedap dimasak masam manis. Apa kata lepas ni, dapat je kerapu buat sendiri resipi di bawah ini di rumah.
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan kerapu (diambil isi dan dipotong kiub)
120 gm tepung jagung (dicampur sedikit garam)
1 biji telur (dipukul)
Minyak masak secukupnya
Ads
BAHAN SOS :
5 biji bawang merah
5 biji bawang putih – dikisar
3 cm halia
1 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
1 cawan air
Garam secukup rasa
Ads
CARA MEMASAK
Gaul ikan dengan telur dan tepung jagung.
Ads
Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ikan tadi sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
Sos: Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
Selepas itu masukkan cili kisar dan kacau sehingga pecah minyak.
Masukkan air, sos cili, sos tomato dan garam secukup rasa.
Apabila sudah mendidih, angkat dan tuangkan kuah ke atas ikan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Pernah ke korang memancing ikan bandang atau ladyfish? Kalau pernah, jom kongsikan bersama pengalaman pahit manis korang tersebut!
“Memang power rangers dia punya strike! Dia punya larian pulak memang killer la sampai terbawa-bawa ke alam mimpi rasanya. Tapi semua tu orang la yang kata, bukan saya yang kata. Sebab ambe tak pernah lagi memancing ikan bandang ni, tak mampu lagi sampai ke tahap ni. Jangan kecam ambe deh.”
YUSAINE MOHD YUNUS
“Susah nak cakap tapi memang seronok memancing ikan spesies bandang ni. Tindakannya memagut umpan seperti tak rasa. Tau-tau mangsa terus terbang ke udara. Cuma saya keliru sikit… apa beza bandang sirip kuning dengan sirip hitam? Kawan dapat yang sirip hitam kat sungai.”
ANUAR LIN
“Jarang-jarang je memancing ikan ni tetapi nak beritahu di sebelah pantai timur, orang panggil ikan ni ikan derang. Sebab apa? Sebab isinya rasanya macam kuih derang. Hahaha…”
DARKRUNNER ZEROO
“Memang padu ikan ni, admin! Pengalaman aku memancing ikan ni pun banyak… tapi banyak lucut la. Belum berjaya lagi nak mendaratkannya walaupun yang curut-curut.”
NYAK KELAUT
“Pernah dapat ikan bandang jantan nun jauh kat tengah laut masa pancing bottom. Pelik jugak macam mana ikan ni pulak yang boleh kena. Tapi isinya memang sedap… ada rasa macam ikan terubuk sikit.”
RASHIDI OTHMAN
“Pengalaman aku tentang ikan ni? Aku cucuk dia kat mata kail kemudian aku pun lempar. Lepas tu aku duduk diam-diam main phone. Tau-tau… gedegang! Joran melentur cecah air beb! Betul punya tak tipu memang makan ikan ni. Tapi dibuat umpan la… kekekeke.”
SHAZIQ SALLEH
“Cikgu saya (Jenahak Panggang) selalu bawa balik satu tong ikan ni admin… tolonglah nasihat sikit kat dia tu admin. Nasihat dia… tolonglah tinggalkan sikit ikan tu untuk kawan-kawan. Kawan-kawan pun nak merasa jugak tarikannya. Kikikiki…”
SYAHRIL AZMI MUHAMAD
“Berumpankan anak udang galah dengan teknik pancingan dasar atau bottom di Sungai Seluyut, Kota Tinggi. Rupa-rupanya spesies bandang ini pulak yang menyambar umpan. Kalau dah rezeki dapat juga merasa permainannya.”
HELMI PROTON
“Betul-betul tengah potong lemang nak buka puasa, tiba-tiba dia menyambar. Melompat-lompat atas air. Memang syok sangat melayannya. Menggunakan umpan udang hidup di lokasi Sungai Lebam.”
Bagi sesetengah orang, malah pemancing sendiri pun masih ada yang belum jelas dengan istilah EGING.
Dari segi istilah, eging ialah satu perbuatan melontar dan menggayakan squid jig atau candat bagi memancing sotong.
Lazimnya sotong dikaitkan dengan eging ini ialah sotong mengabang atau bigfin squid.
Secara mudahnya eging ini bolehlah ditakrifkan sebagai mencandat sotong atau lebih senang disebut, casting sotong.
Eging, walaupun sudah lama bertapak di negara kita namun ia masih kurang sambutannya berbanding segmen memancing yang lain.
Ia boleh diterima akal lantaran tidak semua tempat amalan eging ini boleh dipratikkan.
Biarpun negara kita dikelilingi laut namun tidak semua pantai menjadi habitat sotong mengabang bagi membolehkan eging diaplikasikan.
Namun bagi pemancing yang sudah menceburi segmen ini pasti ada sesuatu yang membuatkan mereka teruja untuk terus memburu sotong mengabang sama ada melalui casting di pantai atau menggunakan bot.
Apa kata netizen:
“Feel dia tak sama macam ikan. Ini adalah delicate game, yang ada keunikan sendiri. Kita bukan nak rasa perlawanan semata-mata, tetapi juga menguji teknik memujuk sang mabang dan mendaratkannya. Kalau sekadar nak rasa fight, baik pergi main belanak.”
GREENBLUE IKHWAN
“Lokasi berpotensi tak banyak nak main sotong ni. Di tempat saya, lokasi yang sesuai hanyalah di belakang muzium, kat hujung batu kawasan port orang park sampan, area jeti batu Tanjung Balau.”
FARIN SAMSUDIN
“Orang Terengganu kata kuat jenggi… hahaha. Memang berhantu main sotong ni. Kalau tak percaya bolehlah cuba. Try dulu baru tau dia punya jenggi macam mana.”
AHMAD FADZIL RAWI
“Masa duduk Labuan dulu pernah tengok orang bawak naik 1 kilo lebih punya saiz. Time kita pergi hampeh tak dapat. Lokasinya dekat Pulau Enoe hujung dekat Petronas. Situ ada lampu-lampu tepi tebing. Sekarang tak tau la boleh masuk lagi ke tak.”
SAMS MIEY
“Tak tau nak cerita macam mana. Biar gambar di bawah ni je la yang berbicara. Ini merupakan candat yang agak killer di sini baru-baru ini.”
SUWARDI AZMI
“Memang susah nak jelaskan dengan perkataan. Nak tau best ke tak best kena try dulu sekurang-kurangnya sekali. Kalau dah strike baru boleh tau kesannya macam mana. Lepas tu baru boleh cerita.”
MOHD RIDZUAN
“Kena yang kasar memang syok layan lebih-lebih lagi kalau guna set ultra light. Nak main sotong tak boleh guna set light apatah lagi heavy. Memang tak rasa langsung la jawabnya.”
CHEK ZAMZURI
“Eging daratan ni ada keunikan dan kepuasan tersendiri yang sukar untuk dibanding dengan memancing ikan. Kalau nak rasa strike macam strike ikan tu memang takdelah. Dia punya feel lain sikit.”
MOHD ZULKIFLY MOHD JALIL
“Kalau ikutkan hati rasa macam nak letak dalam frame je sotong ni sebab colorful. Memang cantik gila. Sampaikan nak makan pun macam tak sampai hati. Hahahaha… tapi bila dah makan punya la sedapppp!”
AHMED ALBAB
“Dia punya tarik je dah macam candat lekat kat tali unjam. Ingatkan dah tersangkut unjam… rupanya dia yang tersangkut pada candat. Tu yang seronok buat berdebar-debar tu. Semakin nak sampai ke permukaan semakin berdebar-debar. Selagi tak dinaikkan selagi itu jantung berdegup semacam.”
Ikan bandang antara ikan bertulang banyak yang kurang menjadi pilihan dijadikan juadah. Lazimnya, apa sahaja ikan yang bertulang banyak memiliki isi daging yang manis. Kalau nak try bagaimana rasa isi ikan bandang, bolehlah cuba resepi ini.
Bahan-Bahan
1-2 ekor ikan bandang saiz sederhana
2 biji limau nipis (ambil jusnya sahaja)
3 batang serai (diketuk)
5 biji cili merah (dihiris serong)
5 biji bawang merah (dihiris kasar)
3 ulas bawang putih (dikisar halus)
3 cm kunyit (dikisar halus)
2 cm halia (dikisar halus)
1 sudu makan asam jawa (larutkan dengan 150 ml air panas)
Garam.
1/2 sudu teh gula Melaka (dihiris)
500 ml air
Cara Penyediaan
#1- Bersihkan ikan bandang, kemudian potong kira-kira 5-6 cm
#2- Lumur isi ikan dengan jus limau nipis. Biarkan seketika kira-kira 10 minit kemudian bilas dan ketepikan seketika.
#3 – Susun serai di dalam periuk dan letakkan isi ikan bandang ke atasnya.
#4 – Masukkan air, dan kesemua bahan keperluan. Masak dengan api kecil hingga mendidih dan ikan masak sepenuhnya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...