Ikan kelah yang terkenal sebagai antara ikan eksotik bernilai tinggi pastinya sentiasa menjadi buruan kaki pancing. Ikan kelah sesuai dimasak dalam pelbagai cara, dan kunjungan Team Umpan ke Tasik Kenyir tidak lama dulu telah belajar satu resipi masak asam ikan kelah yang sangat mudah untuk dibuat dan pastinya amat menyelerakan!
BAHAN-BAHAN:
Ads
1 ekor ikan kelah
Cili padi merah (lada jarum)
Kunyit hidup
Daun kesom
Asam keping
Garam kasar
Serbuk perasa
CARA MEMASAK:
Ads
Lumatkan cili padi merah, kunyit dan garam kasar sehingga hancur.
Ikan kelah yang telah dibersihkan dimasukkan ke dalam air bersama asam keping.
Ads
Rebus sehingga ikan hampir masak.
Apabila sudah menggelegak, masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi bersama daun kesom.
Biarkan mendidih, tambah sedikit serbuk perasa dan boleh dihidangkan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Bulan November dan Disember sudah sinonim dengan penduduk di bahagian Pantai Timur Semenanjung. Angin monsun bertiup kencang ke daratan membawa hujan lebat. Sering kali kita dengar di media cetak, media elektronik tentang kawasan yang ditimpa musibah ini.
Banyak barang keperluan musnah dan hilang entah ke mana. Ada juga nyawa menjadi taruhan ketika musim banjir ini, cuma kita kenalah sentiasa berwaspada setiap masa. Pantau tingkah laku anak anda agar kejadian yang tidak diingini akan berlaku.
Sauk Belanak
Tinjauan saya ketika bercuti di Kelantan, kedatangan musim tengkujuh ke negeri ini sebenarnya memberi pendapatan tambahan kepada penduduk di sekitar pantai daerah jajahan Bachok.
Penduduk di sini menggunakan alat dikenali sauk ‘Y’ dan menyusuri sepanjang pantai untuk menangguk ikan belanak yang banyak terdapat di kawasan berkenaan dan dipercayai mencari makanan pada buih ombak.
Tinjauan mendapati sekumpulan penduduk tempatan mengambil peluang musim tengkujuh dengan mencari ikan belanak untuk dijadikan bekalan keluarga dan ada juga untuk dijual kepada orang ramai.
Hasil jualan ikan berkenaan membolehkan penduduk terbabit memperoleh pendapatan sampingan kira-kira RM50 sehari dengan meluangkan masa beberapa jam terutama selepas hujan melanda kawasan itu. Jika cuti umum dan hujung minggu, dianggarkan lebih 100 penduduk setempat dan penduduk luar memenuhi Pantai Bachok.
Penulis yang menemu bual beberapa orang penduduk berkata, meskipun hasil pendapatan tidak seberapa, tapi setidak-tidaknya berjaya menambah rezeki keluarga.
Kerja menangguk ikan agak menyeronokkan, tetapi perlu dilakukan secara berhati-hati kerana jika tersilap langkah, tidak mustahil nyawa menjadi taruhan ombak yang meninggi di pesisir pantai.
Setiap penduduk mempunyai peralatan menangguk ikan belanak dan menjadikan musim tengkujuh sebagai pesta menangguk ikan terbabit.
Kerja menangguk ikan memang tak susah sekiranya ikan banyak. Jika ingin tahu ikan banyak ataupun tidak, lihat pada buih ombak. Jika buih ombak berwarna merah, maka di situ terdapat banyak ikan. Pokoknya, cuma malas dengan rajin sahaja untuk mendapatkan hasil. Kalau rajin adalah imbuhan dari yang Maha Esa.
Mencari Remis
Ada sesetengah orang tidak mengetahui apa itu remis. Remis adalah sejenis moluska bercengkerang yang boleh didapati di pesisir pantai. Sama seperti yang kita selalu dengar, kerang, lala, siput sedut, mentarang, retak seribu, dan lain-lain spesies yang tergolong dalam kumpulan bercengkerang.
Ketika ombak membadai pantai di situlah muncul satu lagi rezeki yang digelar remis. Bentuk badan menyerupai kerang tetapi bersaiz kecil dan cengkerangnya licin. Berwarna putih dan ada juga berwarna keperang-perangan bertaburan di permukaan pasir.
Bagi penduduk tempatan ia adalah fenomena biasa tetapi bagi pengunjung luar ianya pasti menjadi satu pesta mengutip remis ini. Aktiviti mencari remis menjadi sebahagian perkara menyeronokkan bagi masyarakat setempat dan pengunjung pantai, tetapi kepada ibu bapa yang membawa anak mereka bersama sentiasalah beringat dan menjaga keselamatan anak-anak.
Saya sendiri turut teruja dan mengikut sama menyauk remis menggunakan bekas plastik yang berlubang-lubang kecil. Remis disauk bersama pasir kemudian diayak bagi memudahkan kerja pengasingan. Remis banyak ketika waktu pagi kerana pada malam hari tiada orang yang mencari remis. Jadi siapa yang dapat dahulu dialah yang punya habuan.
Salah satu tip untuk mengeluarkan pasir daripada remis ini adalah dengan merendam dalam air masin (laut) semalaman. Kemudian barulah masak untuk dijadikan santapan.
Remis rasanya agak manis walaupun agak remeh sedikit untuk memakannya kerana bentuknya yang kecil. Tetapi siapa yang telah mencuba pasti ingin lagi memakannya. Sehinggakan ia menjadi satu ketagihan.
NELAYAN DAN PENGUSAHA BOT MEMANCING
Bagi golongan ini, sudah tentu menghadapi kesukaran untuk turun ke laut pada musim tengkujuh. Kesempatan ini mereka akan menghabiskan masa terluang dengan memperbaiki bot dan jaring. Jaring yang terkoyak tetapi masih kukuh diperbaiki manakala jaring yang reput ditukar dengan jaring yang baru.
Jaring yang baru dibeli tidak boleh terus digunakan tetapi kena ditambah aksesori lain seperti tali dan pelampung. Kerja-kerja pembaikan dan pengubahsuaian jaring ini memerlukan kemahiran yang tinggi.
Calang-calang orang tidak dapat memiliki susunan simpulan tali dan jarak ikatan tali yang sama. Ada sesetengah nelayan sendiri tidak dapat kemahiran ini sebaliknya memberi upah kepada pengait jaring untuk memperbetulkan jaring mereka.
Bagi pengusaha bot memancing pula, inilah masa yang sesuai bagi kerja-kerja pembaikan bot memancing. Papan reput digantikan yang baru, enjin diservis agar dapat kuasa yang optimum, kabin di ‘upgred’ untuk keselesaan pemancing dan akhir sekali proses mengecat agar dapat kelihatan seperti baru.
Waktu ini juga tukang-tukang kayu pun akan dapat imbuhan untuk menampung saraan keluarga. Kebanyakan tukang kayu di Pantai Timur sekarang majoritinya berusia 50 tahun ke atas.
Berikut merupakan saranan para netizen setelah beberapa hari melakukan survey di bazar-bazar Ramadan.
➡ Tolong jangan ada JEJAK KASIH di tengah-tengah laluan orang lalu Lalang.
➡ Jangan sibuk nak MEMBAWANG dengan kawan di tengah-tengah laluan dan depan gerai.
😳 Kaum Hawa sila BERPAKAIAN SOPAN ya. Jangan nak jadi Tarzan pakai cawat tak cukup kain.
🙄 Kalau yang nak membeli hanya seorang, tak payah la kumpul satu keturunan kat depan gerai.
➡ Sila sediakan DUIT KECIK. Tokey gerai bukan tempat tukar duit. Jangan kerana nak dapatkan duit baki kau, orang lain kena beratur.
🙄 Sila tetapkan apa yang nak dibeli. Tokey gerai bukan kakitangan kaunter pertanyaan untuk korang tanya macam-macam sampai orang belakang sangkut menunggu kau punya interview.
➡ Yang bawak anak kecik kalau boleh dukunglah dia. Kang anak hilang, meroyan pulak. Dan kalau boleh takyah la bawak stroller. Bazar Ramadhan bukan luas mcm shoping mall.
👿 Para Peniaga jangan nak kejar untung saja. Karipap biar ada isi dan bukan penuh angin. Lauk-lauk pastikan cukup bahan. Harga jangan nak Yahudi sangat macam nak pergi haji balik hari punya tambang.
😳 Cik Kak yang berniaga pakai la baju sopan sikit. Takyah la nak pakai pakaian ketat & terlopong dada berbonjol bagai. Nak berniaga makanan atau nak jual maruah? Sopan sikit…!
➡ Yang berniaga pastikan HARGA JUALAN anda Tetap. Jangan orang ni beli harga lain tetiba orang lain beli harga jadi lain pulak walau benda sama. Terutama yang jual nasi Berlauk. Jangan main sebat jer letak harga.
🙁 Peniaga air tolong jangan main kotor. Janganlah penuhkan cawan dgn ais saja. Orang beli air, bukan beli ais.
➡ Yang berniaga makanan yang dibakar & goreng, sila letak dapur anda di dalam ya. Janganlah letak kat depan gerai sampai menyusahkan pembeli.
😆 Peniaga kuih-kuih tu, jangan lah kecik sangat kuihnya. Ni kebanyakan kuih besar guli tapi jual harga Yahudi.
😈 Kalau time hujan, pembeli-pembeli yang bawak guna payung tu pakai la otak sikit. Janganlah sampai cucuk mata orang. Kang kena sekeh, menyalak pulak.
➡ Peniaga yang nak menjerit panggil pelanggan tu tak payah la korang menjerit tepi telinga orang yang nak membeli ya. Tak sedap pun suara korang tu.
😀 Dan paling penting… peniaga-peniaga SILA MESRA PELANGGAN ye. Muka tu jangan la pulak macam nak mintak kena pijak. Belajarlah senyum dan ucap terima kasih. Tak mati pun kalau senyum & ucap terima kasih.
😀 SILA JAGA KEBERSIHAN… pakai apron, guna sarung tangan atau penyepit.
➡ Peniaga SILA BUNGKUS makanan yang dibeli elok-elok ye. Jangan la bungkus ala kadar then sumbat dalam plastik jer.
😳 Peniaga wanita yang tak nak bersentuhan tangan tu bawak-bawak la pakai sarung tangan atau suruh orang lelaki yg jadi tukang kira.
Ni kang bila nak bagi baki, kau punya tangan tinggi gila sampai duit berterabur tak jejak tangan pelanggan. Bila kena tegur buat muka tenggiling tak dapat semut.
😎 Yang nak cari jodoh SILA JANGAN MENYEMAK kat bazar Ramadan sampai Laki / bini orang pun korang nak try. Elok berbuka makan sedap takut berbuka makan kat ward pulak nanti.
Pemancing ni memang macam-macam! Tapi korang jangan tiru perangai sesetengah pemancing yang menyakitkan hati.
Bijak Teruk!
Ada kelebihan tertentu jika anda adalah seorang pemancing yang bijak (berilmu). Tetapi jika inginkan sesuatu kelebihan dengan cara memandai-mandai sendiri, akan menyusahkan ahli trip yang lain. Korang tentu biasa bertemu dengan pemancing yang suka berlagak pandai dalam banyak perkara. Dalam banyak perkara, dia saja yang betul. Tapi takde siapa yang berani nak bantah atau melawan balik tindakannya itu. Tentu ada kan?
Setup Pancing Suka Hati
Pemancing jenis ini biasanya suka set pancing yang tak sepadan dengan spesies buruan. Contohnya pakai joran PE 0.5-1 dengan kekuatan tali 10 lb untuk memancing ikan layaran. Bila berjaya, dengan bangganya canang satu dunia. Masalahnya, ahli trip yang lain terpaksa beri ruang, masa dan jadi penonton berjam lamanya untuk dia mencapai misinya. Kalau trip itu dia payung kembang tak jadi mengapalah jugak. Lagi pedih, dia langsung tak rasa bersalah.
Suka Meminta
Korang pasti akan berjumpa dengan pemancing jenis ini. Ada yang suka meminta bantuan ikatkan mata kail atau buat FG knot. Ada juga yang suka meminta alatan kelengkapan memancing macam perambut, mata kail, swivel dan macam-macam lagi. Tapi yang paling tak tahan kalau ada jenis yang bukan tak boleh buat sendiri atau tak ada semua peralatan tersebut tetapi memang jenis suka meminta.
Tak menepati masa
Pemancing jenis ini memang sukar untuk menepati masa. Untuk mengenali pemancing jenis ini jangan terus diajak sertai trip besar. Uji dulu dengan beberapa sesi ngeteh. Kalau dia datang tepat pada masanya atau sekadar beberapa minit lewat, boleh la ajak join trip. Tapi kalau setiap ngeteh, tak pernahnya tak datang lewat, ada baiknya abaikan saja jika dia nak join trip. Pemancing jenis ini biasanya boleh menyebabkan trip terpaksa dibatalkan.
Jenis pelupa
Apa reaksi korang kalau dah berejam tunggu kat jeti atau kat mana-mana, batang hidungnya masih tak nampak. Whatsapp tak berbalas dan nak call pun tak dapat. Selepas hari habis trip atau trip terpaksa dibatalkan, baru boleh contact dan tanpa rasa bersalah dia boleh cakap terlupa.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...