Resepi Pemancing: Kari Kepala Mak Janda (Siakap Merah)

Share

Ikan merah, jenahak dan siakap merah memiliki satu persamaan iaitu sangat lazat jika dijadikan kari! Jika dibandingkan, paling sedap ialah siakap merah. Nak-nak lagi bahagian kepalanya dijadikan kari dimasak terus ketika di atas bot memancing.

 

Bahan-Bahan:

800 gram kepala ikan siakap merah (lagi besar kepala lagi sedap)

 

Bahan untuk ditumbuk:

 

3 ulas bawang merah

3 ulas bawan putih

1 inci halia

1/4 biji bawang besar

 

Bahan untuk menumis:

 

3 sudu besar minyak masak

1 sudu kecil halba campur

1 batang kecil kulit kayu manis

2 kuntum bunga lawang

Sedikit daun kari

 

Bahan-bahan lain:

 

2 cawan santan cair

1 cawan santan pekat

1 paket rempah gulai ikan

1 sudu besar serbuk cili

1 biji tomato di potong 4

5 batang bendi

garam dan gula secukup rasa

 

Cara Penyediaan:

 

Bancuhkan serbuk kari dan serbuk cili menjadi pes yang pekat.

Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan yang ditumbuk kasar bersama bunga lawang, kayu manis, daun kari dan halba campur hingga naik bau.

Masukkan pes serbuk kari dan cili, tumis sehingga pecah minyak, kemudian masukkan ikan, tutup selama 3 minit di atas api sederhana.

Masukkan 2 cawan santan cair, biarkan sehingga mendidih, kemudian masukkan satu cawan santan pekat, garam dan gula secukup rasa.

Akhir sekali masukkan tomato dan bendi selama 2-3 minit atau hingga sedikit layu (kalau tak suka sayur tak perlu masukkan).

Hidang sedia untuk dihidangkan.

 

Published by
Amang