Ikan gred A macam jenahak dibuat masak apa pun sedap! Nak-nak lagi kalau dibuat kari ala utara. Tak payah buat satu ekor, ambil bahagian kepala saja pun dah padu. Peghhh… habaq pun tak guna aih dia punya mari! Berminyak muncung dibuatnya.
Ads
Bahan-Bahan:
Ads
1 Ketul kepala ikan jenahak dibelah dua
6 Sudu besar rempah kari ikan (bancuh dengan secawan air)
4 Ulas bawang merah (ditumbuk)
3 Ulas bawang putih (ditumbuk)
1 Tangkai daun kari
1 Sudu teh halba campur
4 Sudu besar air asam jawa pekat
700 ml santan pekat
Kacang bendi
Minyak masak untuk menumis
Garam, gula, serbuk perisa
Ads
CARA-CARA PENYEDIAAN:
Panaskan minyak dalam periuk. Kemudian tumiskan bawang yang ditumbuk dan halba campur sampai kekuningan.
Masukkan rempah kari dan daun kari. Tumiskan sehingga naik minyak.
Masukkan santan dan kacau rata. Kemudian baru masukkan kepala ikan.
Kemudian masukkan air asam jawa, garam, gula dan serbuk perasa.
Sebelum ia mendidih, masukkan pula kacang bendi atau tomato jika suka.
Biarkan ia mendidih dan kacau sekali-sekali agak santan tidak pecah minyak.
Tutupkan api dan ia siap untuk dihidangkan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Dunia memancing tidak sesuai untuk orang perempuan? Bagi sesi pertama ini kami siarkan dulu hujah-hujah dari pemancing lelaki. Keluaran akan datang, kami akan siarkan pula hujah balas dari pemancing wanita.
“Betul-betul… bila orang perempuan memancing, pemancing lain di hujung dapat ikan, mulalah dia suruh pindah tempat. Sedangkan itu rezeki orang tu. Adoiii… apa pun tak boleh. Nak bising karang merajuk pulak.”
PAK SU OSCAR
Boleh… boleh je asalkan dia cangkuk sendiri umpan dan cabut mata kail daripada mulut ikan sendiri. Hahahaha. Ada berani?”
STYLO ABNI
“Betul… menyampah. Mintak tolong ikat itu la ini la. Mintak tolong pasang umpan la… hishhh! Macam-macam deme ni sudahnya awak langsung tak boleh aman nak memancing.”
WAN LEBO
“Setuju! Pendapat paling tepat. Bagi saya, asalkan wanita tu tahu cangkuk umpan, tahu buat perambut, boleh tarik ikan… itu pun dah cukup. Jangan sampai mata kail pun tak tahu nak ikat tapi nak jugak memancing. Tu yang aku rasa nak je sepak ke laut. Hehehe…”
AYIE AYIE
“Betul tu. Nak-nak lagi kalau wanita nak masuk hutan… menyusahkan. Sebab bahaya ada di mana sahaja. Kalau setakat memancing di kolam tu lain ceritalah.”
PAKLONG PAKLANG
“Benar… kalau org rumah ikut, siapa nak jaga anak? Kalau membangau je nanti tentu dapat gelaran ‘couple bangau berlangau ‘. Hahaha… jangan marah ya.”
MOHD AZULFITRI
“Leceh la orang perempuan ni. Malam-malam tak boleh memancing. Sekejap nak balik la… nak berak la… macam-macamlah. Mata kail aku yang pasang, dapat ikan aku yang buka. Nak baling pun aku jugak. Sudahnya aku tak mancing terus.”
PIDUT MFA
“Orang perempuan ni paling sesuai duduk kat rumah je… tunggu hasil memancing dari lelaki. Itu lagi bagus dari ikut orang lelaki pergi memancing.”
AMBER JACK
“Memang tak sesuai tu bukan apa… nanti takut hitam pulak kulit tu. Kan tak cantik pulak. Tengok la kulit orang lelaki yang memancing… jarang sangat nak jumpa kulit cantik. Rentung banyak la.”
ABU SAGEN
“Faham-faham sajalah… atas bot memang payah nak kencing. Orang lelaki takpe sebab boleh kencing dalam botol. Hahahaha.”
Walaupun admin berdarah jenis O, tidaklah bermakna artikel ini dihasilkan untuk masuk bakul angkat sendiri.
Lagipun fakta-fakta ini dihasilkan oleh para pengkaji yang bijak pandai. Admin bukan bijak pandai pun… memancing pun lebih banyak kumpau dari sukses.
Ada sesiapa yang berdarah O? Kalau korang bukan berdarah O, tak mengapalah… tapi kalau korang ada kawan yang berdarah O, bersahabatlah dengan beliau. Sesungguhnya pemancing berdarah O ini banyak keistimewaannya.
➡ Kelebihan 1
Seorang yang sangat komited. Kalau memancing akan diusahakan sehingga berjaya dapat ikan.
➡ Kelebihan 2
Sangat mementingkan orang lain. Tak kisah pemancing lain dapat ikan walaupun sepatutnya dia dapat ikan tersebut. Asalkan orang lain bahagia walaupun menangis dalam diam.
➡ Kelebihan 3
Seorang teman yang sejati. Senang cakap, memang susah nak menyusahkan kawan dan takkan kencing member sendiri.
➡ Kelebihan 4
Berpewatakan tegas dan keras pada luaran sahaja, hati tetap tisu jugak. Atau dalam erti kata lainnya, walaupun nampak cool bila kumpau tapi koyak juga jiwanya.
➡ Kelebihan 5
Seorang yang fleksibel. Jika korang berbuat baik, dia akan berbuat baik tapi kalau berbuat jahat, dia akan membalas dengan kejahatan juga.
Jadi, jangan nak berlagak kalau dapat ikan monster sebab dia akan bertindak balas seperti itu juga.
➡ Kelebihan 6
Sangat tidak berkira dan tidak berdendam. Masalah-masalah kecil akan dilupakan begitu saja. Juga seorang yang pemaaf walaupun berkali-kali kena game.
➡ Kelebihan 7
Setiap kebaikan orang akan diingati, malah akan dibalas melebihi apa yang diperoleh. Jadi, janganlah kedekut apabila pemancing berdarah O nak pinjam set pancing atau apa.
➡ Kelebihan 8
Sentiasa berusaha untuk kelihatan padu dan gagah walaupun berada dalam keadaan sedih seperti kumpau berdarah.
➡ Kelebihan 9
Setia! Percayalah… pemancing berdarah O ini seorang yang sangat setia tidak kiralah terhadap pasangan, kerjaya ataupun hobi. Jadi, sia-sia sajalah kalau korang ajak diorang ni buat hobi lain selain memancing.
➡ Kelebihan 10
Seorang yang adil… dan sangat bencikan pada pembohongan dan kemunafikan. Maknanya, pemancing berdarah O ini bukanlah jenis pemancing yang nak berbohong pasal berat ikan atau mengaku ikan orang lain, dia yang dapat.
Ya, tidak kira dari lapangan memancing mana sekalipun, aspek keselamatan haruslah menjadi perkara utama yang perlu dititikberatkan. Harus diingat bencana boleh berlaku tanpa kita duga. Jangan nanti bila dah terkena di batang hidung sendiri baru nak menyesal. Masa tu dah tak ada gunanya bro.
Sebab itulah, mulai sekarang kita sebagai pemancing sudah harus memikirkan segala aspek keselamatan yang perlu dititikberatkan sebelum keluar memancing. Antara perkara utama yang perlu diambil tahu oleh kaki pancing sebelum keluar memancing ialah mengetahui keadaan tempat pancingan dan peka terhadap perubahan cuaca negara ini.
Kedua-dua perkara ini sememangnya penting untuk diambil kira sebelum keluar memancing kerana dengan faktor tempat dan cuaca inilah pemancing boleh merangka pelan susulan terutama jika terjadinya sebarang perkara yang tidak diingini.
Iyelah, sekurang-kurangnya bila mengambil tahu kedua-dua perkara di atas, pemancing sudah boleh membayangkan segala kemungkinan yang akan berlaku sekaligus menjadikan pemancing lebih berwaspada ketika memancing.
Bagaimanakah pula dengan kaki pancing yang lain? Mungkin ada tip yang lebih berguna yang boleh anda kongsi di dalam ruangan “Apa Kata Pemancing” untuk slot wacana kali ini..?
“Aspek penting bagi pemancing yang menggunakan bot selain pandai berenang kita juga perlu menyediakan peralatan seperti life jacket, pisau, waterproof torch light serta alat perhubungan yang boleh digunakan semasa kecemasan. Sebelum keluar memancing, sila pastikan peralatan diperiksa bagi memastikan keselamatan terjamin.”
– Mohd Nor Hasan
“Sememangnya keselamatan menjadi kepentingan utama ketika memancing tidak kira di tengah lautan, tasik, dalam hutan mahupun di kolam berbayar dan dimana-mana sahaja. Pemancing perlu alert keselamatan diri sendiri dan juga orang lain. Pastikan risiko kawasan dan pengendalian peralatan memancing diambil kira. Nyawa lebih berharga dari hasil tangkapan.. Ingatlah orang yang tersayang.”
– Yusree Leo
“Sejak kecil ikut abah memancing di pinggir hutan – selain perkakasan mengail, 3 objek lagi yang sering dia bawa ialah parang, wisel dan pemetik api. Untuk survival katanya dan pantang larang tetap dijadikan panduan.”
– Qayyum Aizad
“Semua aspek perlu ambil kira. Kalau boating, jaket keselamatan tu memang wajib. Kalau landbased, kena peka dengan persekitaran terutamanya bahaya haiwan buas/berbisa. Dan yang penting, jangan mancing sorang-sorang, sekurang-kurangnya elok berteman.”
– Encik Ismith
“Setiap kali memancing harus dimulakan dengan memberi salam dan sentiasa berdoa kepada Allah agar dijauhi sebarang malapetaka tidak kiralah untuk trip kecil atau besar. Pemancing juga harus bersedia dengan checklist alatan keselamatan penting yang perlu mengikut tempoh waktu.
Juga harus siap sedia dengan kemungkinan bahaya di darat, sungai mahupun laut. Maklumkan lokasi memancing kita kepada ahli keluarga atau rakan supaya senang bantuan diberikan bila berlaku musibah. Ok Selamat memancing.”
– Hanapi Mat Said
“Ketika aktiviti boating aspek pemakaian life jaket amat penting. Kebanyakan angler sekarang, ketika aktiviti boating ada yang endah tak endah je peranan life jaket. Ingat, safety first anglers! Tak kira la laut atau sungai.”
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...