Resepi Pemancing – Kari Belitong Bersama Terung!!

Share

Orang kata isi belitong tak sedap… kita pun tak makan hanya sebab dengar cakap orang padahal tak pernah mencubanya. Makanya, kalau ada orang bagi atau korang dapat sendiri ikan belitong, cuba buat kari macam ni. Terangkat beb!

 

Bahan-bahan:

 

  • Isi ikan bahagian ekor
  • 3 biji terung panjang saiz sederhana belah dua
  • 5 ulas bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1/2 sudu teh halba
  • 3 tangkai daun kari
  • 3 biji bawang besar (dikisar)
  • 1/2 inci halia dikisar
  • 2 sudu besar rempah kari ikan (digaul dengan bahan kisar)
  • Sedikit air asam (dicampur dengan bahan kisar)
  • 1 cawan santan
  • Garam, gula dan serbuk perasa

 

Cara-cara penyediaannya:

 

Tumiskan bahan-bahan kisar, halba dan daun kari hingga keperang-perangan.

Masukkan campuran bawang besar kisar dan serbuk kari ikan. Gaul rata dan biarkan hingga pecah minyak.

Masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.

Setelah sebati dan bahan-bahan tumis tadi, masukkan ikan dan gaul lagi.

Masukkan sedikit air agak-agak tenggelam ikan tadi. Bila mendidih tambahkan dengan santan dan terung.

Masak dengan dikacau sekali-sekala hingga kuah mendidih dan terung empuk.

Published by
Amang