Resepi Pemancing – Jelawat Masak Rebus Tempoyak

Share

 

Ikan jelawat merupakan spesies ikan bertulang banyak yang manis dagingnya. Sekiranya memperolehi jelawat bersaiz sederhana kasar (anggaran 500gm seekor), ia saiz yang sesuai untuk dibuat masak tempoyak.

 

Bahan-Bahan:

2 ekor ikan jelawat saiz sederhana
1/2 cawan tempoyak
10-15 biji cili api (tumbuk halus)
2 biji cili merah (tumbuk halus)
5cm kunyit hidup (tumbuk halus)
2 batang serai (diketuk)
Seikat daun kesum

 

Cara Penyediaan:

 

Gaul sebati bahan-bahan tumbuk dengan tempoyak.

Perapkan ikan jelawat yang telah dipotong dengan bahan-bahan tersebut untuk seketika (anggaran 30 minit).

Masukkan ikan dan kesemua bahan ke dalam periuk.

Masukkan air sehingga ikan tenggelam. Hidupkan api dan reneh sehingga mendidih.

Masukkan daun kesum, garam, gula dan serbuk perisa. Reneh sehingga kuah agak pekat.

Sedia untuk dihidangkan dengan nasi panas-panas!

Published by
Amang