Boleh makan ke ikan todak ni? Hahaha… jangan tak percaya. Cuba dulu baru tau boleh makan ke tidak.
Silap-silap tak cukup. Nak try isi ikan todak ni sedap tak sedap mudah saja. Try bakar dan cicah dengan air asam atau sambal kicap.
Bahan (Ikan Bakar)
Ikan todak
Garam
Serbuk kunyit
Cara Penyediaan:
Bersihkan seekor ikan todak dan potong kira-kira sejengkal.
Perap ikan dengan garam dan kunyit seketika
Kemudian dibakar (terpulang nak bakar dengan dapur gas atau dapur arang)
Bahan (Sambal Kicap)
10 tangkai cili padi atau lebih bergantung pada selera korang
Seulas bawang putih
Kicap masin
Kicap manis
Garam
Gula
Perahan sebiji limau nipis
Cara Penyediaan:
Kisar semua bahan dan rasa untuk sebarang perubahan rasa.
Cara Makan:
Boleh tuang sambal kicap ke atas ikan bakar atau cicah ikan pada sambal kicap.
Kena nasi putih panas-panas…. perghhhh mencakop!