Pernah dalam satu trip memancing, pembantu tekong ada menyediakan satu resepi yang simple tapi sedap. Bila ditanya, katanya cuma masak acar ikan tenggiri je.
Admin percaya, kalau ada bahan-bahan hiasan pasti rupanya sama macam pengkongsian resepi ini.
Ads
Bahan-Bahan:
Ads
3-5 keping ikan tengiri (lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit)
8 ulas bawang putih kecil (dihiris)
2 labu bawang besar (potong kasar)
3 cm halia muda (hiris halus)
10 biji cili padi
1 sudu kecil biji sawi
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 cawan hirisan timun (tanpa empulur)
1 cawan hirisan lobak merah
5 sudu besar cuka
3/4 cawan air
Serbuk perasa, garam dan gula secukup rasa
Ads
Cara Masak:
Goreng ikan sehingga masak (jangan goreng garing) dan ketepikan.
Panaskan 5 sudu besar minyak bekas goreng ikan tadi.
Tumis bawang putih bersama bawang besar hingga layu.
Masukkan biji sawi, lobak merah dan timun dan serbuk kunyit.
Gaul sebati dan kemudian tambahkan air. Apabila air mula mendidih, masukkan ikan tengiri goreng dan cuka.
Biarkan mendidih seketika dan kemudian sebatikan rasa dengan serbuk perisa, garam dan gula.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ikan siakap merah merupakan spesies ikan gred tinggi. Ia bukan sahaja idaman para pemancing, enak dijadikan juadah malah kaya dengan khasiat yang bagus untuk kesihatan badan. Berikut merupakan antara khasiat ikan siakap merah.
BANYAK MENGANDUNGI VITAMIN A
Vitamin A sangat penting bagi tubuh, ini kerana vitamin A berperanan sebagai agen pertahanan tubuh manusia.
Mengambil vitamin A secara berlebihan juga tidak bagus untuk tubuh kerana ia boleh menyebabkan beberapa penyakit kepada jantung dan hati.
Namun ikan siakap merah ini berupaya membekalkan vitamin A yang secukupnya.
MENCEGAH GIGI BERLUBANG
Kandungan kalium di dalam daging ikan siakap merah sangat bagus untuk kesihatan terutamanya gigi kerana 3 gram daging siakap mengandungi 9.7% peratus yang diperlukan oleh badan.
Tengok sajalah macam mana rupa gigi siakap merah.
MENJAGA KEKUATAN TULANG
Selain mencegah gigi dari berlubang, kalium di dalam ikan siakap merah turut membantu mencegah tulang daripada cepat reput.
MENJAGA KESIHATAN OTAK
Otak manusia juga memerlukan kalium yang berfungsi agar otak mendapatkan cukup oksigen, dan juga nutrisi ke otak agar menjaga kesihatan dan fungsi otak , dan juga mampu mencegah terjadinya sirkulasi darah di otak.
MENCEGAH BARAH
Vitamin A juga dapat mencegah pertumbuhan sel barah yang muncul pada tubuh dan mencegah DNA yang muncul dalam tubuh dan menyerang beberapa organ seperti usus, paru-paru, payu dara, serviks, prostat dan juga hati!
MEMELIHARA DAYA PENGLIHATAN
Omega 3 yang terdapat dalam siakap merah dipercayai dapat menurunkan risiko kehilangan penglihatan. Omega 3 juga dipercayai dapat mencegah kolestrol, dan juga penyakit jantung!
MENGURANGKAN RISIKO DEPRESI
Selain itu Omega 3 juga berperanan untuk menghilangkan depresi sekiranya anda menghadapi tekanan ini.
MENURUNKAN RISIKO HIPERTENSI
Hipertensi terjadi akibat tekanan darah tinggi. Namun bagi yang menghidap penyakit hipertensi tidak perlu risau kerana anda boleh mencuba ikan siakap merah sebagai diet yang berkhasiat dan merawat penyakit.
Perikanan rekreasi bermaksud semua aktiviti menangkap ikan atau haiwan akuatik yang dilakukan bukan untuk tujuan komersil. (Commision of the European Communities (CEC))
Sejauh mana ‘jualan’ dalam perikanan rekreasi dibenarkan?
Tidak melibatkan jualan hasil tangkapan. (National Oceanic and Atmospheric Administration).
Tidak diniat untuk tujuan komersil – contoh; menangkap dan menjual hasil tangkapan untuk menyara hidup, walaupun sebahagian. (European Anglers Alliance) atau jika
sebahagian tangkapan dijual, hasilnya tidak menyumbang kepada peningkatan pendapatan seseorang secara jelas. (National Marine Fisheries Service (NMFA), USA
Ahli perikanan rekreasi
Semua aktiviti menangkap ikan? Adakah mereka yang bukan pemancing juga adalah ahli dalam perikanan rekreasi?
Ya… asal sahaja mereka menangkap ikan bukan untuk komersial, mereka adalah ahli dalam perikanan rekreasi. Mereka mungkin memukat, menjala, memasang bubu, menimba, menyuluh, mengutip siput/kerang-kerangan, dan sebagainya lagi.
Namun mereka tergolong dalam kumpulan `Nelayan Rekreasi’ yang majoritinya (hampir semua) adalah ‘Household Fishermen’.
Bagaimana pula dengan aktiviti menangkap ikan yang terlarang?
Perikanan rekreasi adalah tertakluk sepenuhnya di bawah undang-undang perikanan sesebuah negara.
Mereka yang menangkap ikan menggunakan kaedah yang dilarang atau diharamkan walaupun bukan untuk tujuan komersial adalah bukan ahli perikanan rekreasi. Mereka adalah ‘PENJENAYAH’.
Apakah pula Pancing Rekreasi?
Menangkap ikan menggunakan tali dan mata kail (sama ada menggunakan joran atau hand-held line) yang bukan untuk tujuan komersil.
Tangkapan mungkin dilepaskan semula atau disimpan untuk kegunaan serta merta sendiri atau lingkungan sosial tetapi tidak dijual atau ditukar kepada barangan lain.
Didorong oleh faktor-faktor seperti cabaran, pencapaian, sukan, riadah, hiburan, aktiviti sosial melibatkan air, dan sebagainya.
dan perbagai bentuk perniagaan dan organisasi yang terlibat secara langsung atau tidak dengan pancing rekreasi.
Apakah perbezaan antara pancing rekreasi (recretional angling) dengan sukan memancing (sport fishing)?
Sukan memancing adalah satu bentuk pancing rekreasi yang lebih mengutamakan cabaran untuk mendapat dan menangkap ikan berbanding keenakkan isi dan harga ikan di pasaran – mensasarkan game fish.
Secara mutlak menggunakan joran dan kekili – untuk cabaran maksimum. Lebih bersifat kesukanan, berorentasikan pertandingan dan melibatkan aspek teknikal yang kompleks.
Falsafah Perikanan Rekreasi
Beberapa takrifan perikanan rekreasi ditentukan berdasarkan kaedah dan perkakasan yang digunakan, sebahagian yang lain pula menumpukan kepada aspek tujuan. Apapun, perikanan rekreasi adalah tentang:
⇒ Menangkap ikan untuk bergembira
⇒ Menangkap ikan dengan tujuan berhibur, bersantai dan berseronok, melebihi keperluan untuk dijadikan makanan atau produk-produk lain.
⇒ Menangkap ikan untuk kepuasan hati dan bebas dari unsur ‘terpaksa’.
Perikanan Rekreasi vs. Perikanan Komersial
Kewujudan, nilai dan kemampuan Industri Perikanan Komersil bergantung kepada ikan dan nilainya di pasaran sebaliknya Industri Perikanan Rekreasi bergantung kepada pemancing dan perbelanjaan mereka.
Industri Perikanan Rekreasi di Eropah
⇒ Jumlah perbelanjaan pemancing rekreasi diseluruh Eropah memcecah 25 billion setahun (2005).
⇒ 8-10 billion disumbangkan oleh pemamcing laut (8-10 juta orang).
⇒ Secara perbandingan nilai dagangan perikanan komersil di 25 negara anggota EU adalah sekitar 26 billion (hanya 1 billion mengatasi perikanan rekreasi).
⇒ 16% dari rakyat US (>34 juta orang) adalah pemancing.
⇒ 28.4 juta adalah pemancing air tawar dan 9.1 juta adalah pemancing laut.
Puratanya setiap pemancing memperuntukkan 16 hari dan membelanjakan $1,046 setahun untuk memancing.
⇒ Umumnya, 2/3 perbelanjaan adalah untuk trip memancing dan selebihnya untuk perkakasan.
⇒ Pancing rekreasi menyediakan lebih 1 juta peluang pekerjaan sepenuh masa dan menyumbang sebanyak $116 billion kepada ekonomi US pada tahun 2004. (American Sportfishing Association, 2005)
⇒ Jumlah perbelanjaan pemancing rekreasi seluruh dunia dianggarkan $2.5 trillion (ASA, 2005)
Potensi Industri Perikanan Rekreasi di Malaysia
Dianggarkan terdapat 2 juta pemancing rekreasi di Malaysia (PeMM, 2005) dan meningkat sekitar 2.2 juta pada 2010. Jika seorang berbelanja sekitar RM1,000 setahun, pendapatan yang mampu diraih adalah RM2.2 billion.
⇒ 23% dari hasil keseluruhan perikanan komersil (RM9.5b), hampir menyamai sumbangan akuakultur (RM2.8b) dan mengatasi perikanan laut dalam (RM1.3b).
⇒ Berdasarkan anggaran pulangan, perikanan rekreasi adalah merupakan satu industri altenatif bagi mengembalikan potensi / nilai sumber-sumber perikanan yang telah mencecah MSY (Maximum Sustainable Yeild).
⇒ Namun AWAS! Pemancing rekreasi yang tidak terdidik mampu menjadi liabiliti kepada sumber perikanan sedia ada, apatah lagi bilangan mereka (2.2 juta) melebihi jumlah nelayan (129,622).
Admin kalau dapat ikan merah, terus terbayang dalam kepala apa yang nak dibuat. Memang takde lain dah… mesti nampak sup ikan merah je. Nak buat sup ikan merah ni takde la renyah sangat. Main campak-campak je. Kemudian pekena dengan nasi panas-panas. Pehhhhhh!
Bahan-Bahan:
Kepala ikan merah (kalau saiz besar 2-3 kg)
5 Ulas bawang merah (ditumbuk lumat)
3 Ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
1/2 inci halia (ditumbuk lumas)
2 sudu besar lada sulah
1 Batang kayu manis
1 Kuntum bunga lawang
2 Biji buah pelaga
Minyak untuk menumis
Garam, serbuk perasa
Cara-Cara Penyediaan:
Panaskan minyak dan tumiskan kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk dan lada sulah, tumis sehingga naik bau
Masukkan kira-kira 4 cawan air dan biarkan ia mendidih
Masukkan ikan dan kacau rata sehingga ikan masak
Masukkan garam dan perisakan
Setelah padamkan api, masukkan daun sup dan sedia untuk dihidangkan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...