Memancing? Apa benda memancing tu? Aktiviti memancing itu tidak akan terjadi tanpa disertai dengan 6 perkara ini. Kalau takde 6 perkara ini maka ia takkan jadi aktiviti memancing. Kira macam rukun negara jugaklah.
Mesti Ada Pemancing
Tentu saja syarat utama dalam rukun memancing adalah pemancing! Tanpa pemancing sudah tentu aktiviti memancing tidak dapat diaplikasikan. Pemancing itu sendiri tiada sebarang sempadan.
Sesiapa sahaja boleh menjadi pemancing tanpa mengira lapisan masyarakat, bangsa, agama, usia, status, darjat atau pangkat. Untuk menjadi pemancing juga tiada sebarang syarat, kelayakan atau sempurna tubuh badan.
Malah hari ini semakin ramai golongan kurang upaya memilih hobi memancing. Yang penting harus memiliki minat dan kesungguhan.
Mesti Ada Peralatan
Syarat kedua yang tidak kurang peri pentingnya adalah alatan memancing. Tanpa adanya peralatan memancing sudah pastinya aktiviti memancing masih tidak dapat diaplikasikan. Peralatan juga ada rukunnya tersendiri. Rukun peralatan lebih menjurus kepada alatan utama, selebihnya lebih menjurus kepada pelengkap atau kelengkapan.
Peralatan utama yang perlu ada ialah tali pancing, mata kail, joran dan kekili. Aplikasi memancing boleh dipraktikkan hanya menggunakan tali pancing dan mata sahaja, begitu juga dengan menggunakan tali pancing, mata kail dan joran sahaja tetapi rukun pelengkap utama peralatan terdiri daripada tali pancing, mata kail, joran dan kekili.
Mesti Ada Umpan
Bayangkan anda pergi memancing tanpa membawa sebarang umpan. Apa yang anda akan peroleh? Justeru umpan juga merupakan rukun utama dalam memancing. Umpan terbahagi kepada beberapa jenis namun yang paling utama adalah umpan organik (benda hidup atau mati) dan umpan tiruan seperti gewang, jig dan yang seumpamanya.
Jika ada yang mengatakan memancing masih diaplikasikan tanpa menggunakan umpan, contohnya teknik sembat yang hanya menggunakan mata tiga, ingin saya tegaskan di sini bahawa teknik sembat bukanlah aktiviti memancing! Ia sama sahaja dengan aktiviti menjaring, tuba atau seumpamanya.
Mesti Ada Subjek Sasaran
Secara umumnya subjek sasaran yang menjadi salah satu rukun memancing ialah ikan. Namun bukan ikan sahaja yang dipancing. Udang dan sotong juga merupakan spesies atau subjek sasaran utama dalam memancing.
Jika difikirkan secara mendalam, rasanya ramai yang setuju bahawa spesies sasaran inilah sebenarnya yang menjadi rukun utama dalam rukun memancing. Bayangkan sekiranya spesies-spesies sasaran ini sudah pupus sama sekali. Bayangkan jika tiada lagi udang galah, sotong dan semua jenis ikan… apakah aktiviti memancing masih boleh diaplikasikan?
Mesti Ada Spot
Tanpa pandang pancing, lokasi atau lubuk memancing, aktiviti memancing hanya sia-sia. Pada asasnya padang pancing terbahagia kepada dua iaitu lubuk semula jadi hasil ciptaan Tuhan seperti laut dan sungai, dan satu lagi lubuk buatan atau hasil campur tangan manusia seperti tasik buatan, bekas lombong dan kolam-kolam pancing komersial.
Tak kiralah sama ada ia adalah padang pancing anugerah Tuhan atau ciptaan manusia, ia tetap merupakan rukun utama dalam memancing wajib dipelihara.
Percaya Pada Rezeki
Mungkin ada yang tidak bersetuju atau mahu menafikan tetapi mempercayai rezeki adalah rukun yang perlu ada dalam memancing. Ia mungkin bersifat subjektif kerana tidak berjisim atau dapat dilihat dengan mata kasar. Rezeki tidak sama seperti peralatan memancing yang boleh dipegang tetapi tanpa rezeki bukan sahaja tidak boleh memperoleh hasil malah untuk menjadi pemancing sekali tidak boleh.
Kata orang, sediakan payung sebelum hujan. Seeloknya PFD perlu sentiasa ada sama ketika memancing. Bagi trip menaiki bot pula, pemilik bot wajib menyediakan PFD yang mencukupi. Bukan setakat di atas bot sahaja, jika anda trekking dan terpaksa merentas anak sungai atau jeram, anda perlu memakai PFD bagi mengelakkan dihanyutkan arus deras.
Perkara asas yang penting bagi seorang pemancing ialah kebolehan untuk berenang. Bagi yang tidak pandai berenang, Ia tidaklah menghalang untuk anda terus memancing, namun sebaiknya cuba untuk belajar berenang.
Ketika di lokasi pancing, pastikan sentiasa peka dengan keadaan bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini. Sebaik-baiknya pastikan berteman bila pergi memancing dan elakkan ke lokasi tertentu bersendirian.
Ketika meranduk atau merentas air, beberapa perkara penting perlu anda pastikan. Elakkan merentas jeram atau anak sungai bersendirian,pastikan ada rakan bersama. Sentiasa memakai PFD ketika meranduk air.
Anda juga perlu tahu kedalaman air dan kederasan air sebelum meranduk. Ketika di dalam air, gunakan kayu atau kaki anda bagi mengetahui keadaan dasar air.
Reach-throw-row-go ialah langkah menyelamat yang wajar kita tahu jika terdapat mangsa terjatuh ke dalam air atau lemas. Reach (capai) ialah langkah mencapai mangsa sama ada dengan tangan, tali, kayu dan sebagainya.
Jika jauh, cuba langkah throw (baling) iaitu balingkan alat keselamatan seperti PFD atau pelampung. Jika tiada, langkah row (kayuh) iaitu gunakan bot atau sampan jika ada.
Langkah terakhir iaitu go (berenang) boleh dilakukan JIKA tiada pilihan lain dan JIKA anda betul-betul pandai berenang serta tahu langkah menyelamat mangsa lemas.
Berhati dengan kelengkapan anda. Ketika membaling, pastikan belakang anda tiada halangan bagi mengelakkan tersangkut pada rakan atau pokok.
Jangan sesekali membiarkan mata kail merata-rata kerana sesiapa saja boleh terpijak dan menyebabkan kecederaan. Gunakan playar ketika mengeluarkan mata kail pada mulut ikan.
Dalam perjalanan kami semua terasa macam ada orang yang sedang berjalan tidak jauh di hadapan kami seramai tiga empat orang.
Saiz orang tu paras pinggang kami je! Tiba-tiba seorang demi seorang kawan kami ni menegur dan suluhkan lampu, terus makhluk tu lari sambil memekik. Kami pun lari terus ke arah kem. Sampai di kem hujan pun turun beserta angin kuat.
Rupanya dalam kelam-kabut itu salah seorang kawan hilang entah ke mana. Malam itu kami tak senang duduk memikirkan nasib kawan yang hilang.
Namun kami tak dapat nak pada malam itu. Kami plan nak cari pada esok hari dan memohon pertolongan Allah yang tau nasib dia pada malam tu.
Pada keesokan pagi sekitar jam 5.40 kami laungkan azan dan berdoa agar kawan tu ditemukan dan kami pun bergerak untuk mencarinya.
Setelah beberapa jam mencari, sekitar jam 9.00 pagi akhirnya bertemu juga. Kami terlihat kawan kami ini duduk di banir pokok ara yang sangat besar dan menyeramkan. Kawan kami tu langsung tak bersuara.
Kami lihat keadaan sekeliling pokok tu agak bersih. Aķar pokok sebelah belakang tu bentuknya seperti buaian. Memang seram gila.
Kami terus papah dia ke kem dan kemas barang untuk balik ke Tenom. Sepanjang perjalanan dia langsung tak bersuara… mukanya pucat semacam je.
Setelah hampir 6 jam kami tiba di Tenom, kami pun bawa kawan kami itu berjumpa dengan seorang ustaz untuk berubat.
Pada malam itu barulah dia sedar dan boleh bercakap. Dia beritahu time kami jumpa orang yang saiz paras pinggang tu lalu dan lari, dia terlihat ada perempuan tua sedang duduk di atas dahan merenungnya.
Dia cuba untuk teriak panggil kami tapi suaranya tak dapat keluar dan badan jadi kaku. Kami terus lari dan dia rasa punyalah seram time tu.
Perempuan terus turun dan berkata kau ikut aku. Dia pun dibawa ke tempat di mana kami menemuinya. Perempuan tu duduk di buaian sambil mengilai.
Rupanya tempat tu memang keras. Dah ada dua orang pekerja kem balak yang hilang sehingga kini. Orang kem balak yang beritahu kami selepas kejadian itu.
Asal je senja orang kem tak berani nak lalu kat situ biar pun guna kenderaan. Ada satu perempuan tua selalu kat pokok ara dekat sungai tu. Sana memang banyak kelah mega tapi orang tak berani nak pergi ke Lubuk Magung tu.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...