Resepi Pemancing : Ikan Kuku Kari Kacang Kelor

Share

 

Ikan kuku yang sehabitat dengan ikan siakap merah merupakan ikan ekstuari yang memiliki tekstur daging yang pejal dan manis.

Boleh dikatakan ia sesuai untuk dimasak dengan pelbagai resepi. Tapi kali ini kami nak kongsi resepi berbeza sedikit.

Korang boleh try buat kari ikan kuku ni bersama kacang kelor / kelo.

 

Bahan-bahan diperlukan:

 

  • 5 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 inci halia ditumbuk (ditumbuk)
  • 1-2 sudu besar cili boh
  • 1 paket kecil serbuk kari ikan
  • 1 tangkai daun kari
  • 1/2 cawan kacang dal (direbus smpai empuk)
  • 1 kiub ayam
  • 1 santan kotak atu 1 cawan santan pekat
  • 2 keping asam keping
  • Kacang kelor (dikikis dan dipotong 2 inci)

 

Cara menyediakan dan memasak:

 

Tumis bahan-bahan yang ditumbuk bersama daun kari.

 

Bila dah naik aroma wangi barulah masukkan cili boh dan tumis sampai pecah minyak.

 

Kemudian masukkan serbuk.

 

Masukkan 2 cawan air, kacang kelor dan kacang dal. Biarkan hingga mendidih.

 

Bila kacang dah nampak empuk, barulah masukkan santan santan, asam keping dan kiub ayam.

 

Perisakan dengan garam dan gula (jika suka) dan biarkan kuah menggelegak kemudian barulah padamkan api.

Published by
Amang