Tahukah korang ikan-ikan unjam seperti kerisi, kembung, selar, tamban juga tidak kurang sedapnya jika berada di atas meja hidangan. Yang penting tahu apa jenis resipi dan masakan yang anda pilih, misalnya ikan kembung masak asam di bawah ini. Gerenti makan nasi bertambah.

 

BAHAN-BAHAN:

 

  • 2 ekor ikan kembong saiz sederhana – dibersihkan.
  • 2 biji bawang besar – dipotong bulat.
  • 3 biji bawang putih – dimayang.
  • 1 cm halia – dimayang.
  • 1 cm belacan.
  • 6 biji cili padi – dibelah dua.
  • 1 biji cili merah – dihiris serong.
  • 200 ml air asam jawa.
  • Serbuk kunyit secukupnya.
  • 2 sudu makan gula.
  • Garam secukup rasa.
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis.

 

Ads

CARA-CARA PENYEDIAANNYA:

 

Ads

Perapkan ikan kembung bersama garam dan serbuk kunyit secukupnya. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing. Angkat dan asingkan.

Kemudian tumis halia, bawang putih dan bawang besar sehingga sedikit layu.

Ads

Kemudian masukkan air asam jawa secukupnya. Didihkan.

Setelah itu masukkan sedikit garam dan gula mengikut suka.

Akhir sekali, masukkan ikan kembung goreng dan biarkan seketika. Sebelum dihidangkan, taburkan hirisan cili merah. Sedia untuk dimakan.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI