Resepi Pemancing – Gulai Ikan Gerong

Share

 

Berbanding keluarga ikan trevally seperti gerepoh, cupak dan gerong belang ternyata isi ikan gerong belang lebih lazat. Untuk menikmati dagingnya yang manis maka elok dibuat gulai atau kari yang lebih ringan.

 

Bahan-bahan:

 

Ikan gerong belang (anggaran 1 kg)

2 sudu besar serbuk kari ikan

1 biji bawang besar (dikisar)

3 ulas bawang putih (dikisar)

2 sudu besar pati asam jawa (dibancuh dengan sedikit air)

3 biji cili padi merah

1-2 biji tomato

 

Bahan tumis:

 

2 ulas bawang putih (dihiris)

3 ulas bawang merah (dihiris)

1 suduh teh halba campur

2 tangkai daun kari

1 biji tomato (dihiris dadu)

 

Cara Memasak:

 

Panaskan sedikit minyak di dalam periuk dan tumis bahan-bahan tumis sehingga layu dan kekuningan.

 

Masukkan serbuk kari ikan bersama bahan-bahan yang dikisar. Kacau tumis rempah sehingga pecah minyak.

 

Masukkan air asam jawa serta sedikit air yang ingin dijadikan kuah. Kacau sekali sekala dan biar mendidih seketika.

 

Masukkan ikan gerong, tomato, cili padi merah dan perisakan. Tambah perasa yang kurang dan kacau sesekali.

 

Biarkan sehingga ikan masak dan pecah minyak. Kemudian boleh padamkan api dan siap untuk dihidangkan.

Published by
Amang