Isi daging ikan cencaru akan kurang rasanya berbanding ikan pelagik lain seperti kembong atau selar. Kalau digoreng kosong memang kurang mencakop rasanya. Tetapi kalau dibuat sambal kelapa dan disumbat dalam badannya memang A. Nak buat sambal kelapa tu taklah susah sangat. Ini cara-caranya…
Bahan keperluan:
5 ekor ikan cencaru
1/2 biji kelapa parut
1 biji bawang besar (kisar)
Ads
2 ulas bawang putih (kisar)
3 cm inci kunyit hidup (kisar)
5 tangkai cili kering (direndam air panas dan dikisar)
Sedikit belacan
Garam & gula
Ads
Air asam sedikit
Cara Penyediaan:
Ads
Bersihkan ikan dengan menghiris bahagian belakang. Jangan dipotong bahagian bawah perut untuk buang isi perutnya.
Gaulkan bahan-bahan kisar bersama kelapa parut. Campurkan sekali gula, garam dan air asam jawa.
Sumbatkan bahan-bahan ini ke dalam badan ikan melalui hirisan belakang badannya.
Panaskan sedikit minyak dan goreng seperti biasa. Ia juga boleh dibakar atau dipanggang.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Admin kalau dapat ikan merah, terus terbayang dalam kepala apa yang nak dibuat. Memang takde lain dah… mesti nampak sup ikan merah je. Nak buat sup ikan merah ni takde la renyah sangat. Main campak-campak je. Kemudian pekena dengan nasi panas-panas. Pehhhhhh!
Bahan-Bahan:
Kepala ikan merah (kalau saiz besar 2-3 kg)
5 Ulas bawang merah (ditumbuk lumat)
3 Ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
1/2 inci halia (ditumbuk lumas)
2 sudu besar lada sulah
1 Batang kayu manis
1 Kuntum bunga lawang
2 Biji buah pelaga
Minyak untuk menumis
Garam, serbuk perasa
Cara-Cara Penyediaan:
Panaskan minyak dan tumiskan kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk dan lada sulah, tumis sehingga naik bau
Masukkan kira-kira 4 cawan air dan biarkan ia mendidih
Masukkan ikan dan kacau rata sehingga ikan masak
Masukkan garam dan perisakan
Setelah padamkan api, masukkan daun sup dan sedia untuk dihidangkan.
Jika disenaraikan musuh-musuh pemancing maka ikan buntal akan tersenarai sebagai musuh nombor satu pemancing.
Bagaikan ada sumpahan antara pemancing dengan ikan buntal, gangguan ini tidak pernah terhenti sehingga kini.
Ikan buntal merupakan spesies ikan yang amat memeningkan kepala ramai pemancing termasuklah admin sendiri.
Sehingga kini admin masih lagi mencari sebab utama kenapa si buntal ni suka sangat memotong tali pancing.
Kelakuannya tak ubah seperti penguatkuasa di dalam air.
Admin masih tertanya-tanya adakah disebabkan oleh warna tali pancing, gerakannya di dalam air atau disebabkan bunyi yang dihasilkannya.
Walau bagaimana pun hanya satu cara sahaja untuk mengelakkan ini berlaku iaitu dengan menggunakan tali pancing dari jenis tali sulam (braided).
Ketika saya memancing di kuala dan muara sungai sama ada memancing ikan atau udang galah, sememangnya kerap berlaku di mana tali pancing (tali tangsi atau mono) dipotong begitu sahaja tanpa sebab.
Namun apabila menggantikan tali tangsi dengan tali sulam, perkara tersebut tidak lagi berlaku. Jadi, anda dinasihatkan menggunakan tali sulam bagi mengatasi tekanan yang dialami itu.
Hari yang dijanjikan sudah tiba. Semua ahli komplot sudah bersedia dengan senjata masing-masing. Trip kali ini dirancang oleh tiga orang sahabat iaitu Syed, Sabri dan Nadz .
Lubuk yang airnya dalam sentiasa keruh ini memang diketahui dihuni oleh ikan yang bagak-bagak saiznya. Boleh dikatakan pada siang hari lubuk ini sentiasa sahaja dikunjungi kaki pancing termasuk orang luar. Cuma pada waktu malam sahaja lubuk ini kurang dikunjungi.
Dengan bot fiber 12 kaki dan enjin 15 kuda, Syed memacu bot dengan laju menuju ke lubuk. Perjalanan yang mengambil masa 30 minit. Walaupun menaiki bot pada waktu malam, Syed amat arif dengan selok belok sungai ini.
Sauh terus sahaja dijatuhkan sebaik sahaja sampai di llubuk. Jam menunjukkan 10.00 malam dan masing-masing tidak sabar mencampak umpan. Hanya mereka sahaja yang memancing di situ.
Tidak menunggu lama untuk umpan diragut ikan. Nadz orang pertama yang beraksi. Setelah beberapa minit bertarung seekor baung dalam skala 1 kilogram berjaya dinaikkan. Tidak lama selepas itu, joran Syed pula ditarik dengan kuat. Dia mengambil masa yang agak lama untuk menaikkan ikan itu. Sabri dan Nadz berteriak memberi semangat.
Akhirnya seekor belida yang agak besar saiznya berjaya ditumpaskan. Begitulah mereka begitu asyik melayan ragutan ikan sehingga bekalan yang dibawa masih belum dijamah lagi. Banyak betul ikan malam tu. Naik lenguh tangan mereka dibuatnya. Ada baung, patin, tapah dan bermacam lagi.
Jam menunjukkan tepat pukul 12.00 malam. Ragutan ikan yang galak tadi tiba-tiba terhenti. Ikan seperti tidak lagi berminat dengan umpan mereka.
“Mana pulak perginya ikan ni. Nak kena tuba kot lubuk ni” kata Sabri geram.
“Aku rasa elok kita balik. Lagipun dah banyak ikan kita dapat ni,” cadang Syed. Dia dari tadi tidak sedap hati. Dirasakan olehnya telinganya seolah-olah ditiup sesuatu. Macam bunyi nafas yang mendengus kuat. Ingin diberitahu takut kalau dikatakan pengecut pula. Baru sebentar tadi dia terlihat kelibat putih atas pokok ara yang memayungi lubuk itu.
Namun dia hanya mendiamkan diri. Sabri dan Nadz terus berbual. Sesekali terdengar tawa mereka yang agak kuat dan terbahak-bahak memecah kesunyian malam. Entah apa yang dibualkan.
Tiba-tiba bot yang mereka naik seakan bergoyang. Mulanya agak perlahan tapi semakin lama semakin kuat goyangnya. Terkejut tiga sahabat itu. Mereka berpegang dengan kuat pada bot takut terjatuh.
“Kenapa pulak ni?” tanya Nadz dengan suara yang terketar-ketar. Dalam pada itu, Sabri terlihat sesuatu muncul di permukaan sungai dengan jelas apabila lampu kepalanya dihalakan kepadanya.
Hanya kepalanya sahaja yang jelas kelihatan. Itu pun setakat mulut sahaja. Dengan mata yang merah, rambutnya panjang dan mata merenung tajam ke arah mereka bertiga. Syed dan Nadz juga sedar dengan kehadiran makhluk itu yang kira-kira 10 meter dari bot mereka.
Dalam suasana kaget tersebut, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan suara perempuan mengilai nyaring diselang seli dengan tangisan bayi. Seram dan naik bulu roma mereka. Tanpa membuang masa tali sauh terus dipotong dan bot terus dihidupkan dan dipacu dengan laju meninggalkan lubuk itu.
Mujur enjin bot dapat dihidupkan dengan mudah. Pucat lesi wajah tiga sahabat itu. Dari jauh jelas kelihatan sekujur tubuh seorang perempuan sedang memandang mereka sambil mendukung sesuatu seperti bayi.
Sampai sahaja di jeti, ketiga orang sahabat tadi senyap membisu tanpa suara. Mereka bagaikan tidak percaya, kejadian mistik yang sering didengar dari orang lain benar-benar berlaku kepada mereka bertiga. Terketar tangan Sabri ketika menambat tali bot.
Kejadian itu telah menggemparkan penduduk kampung. Kebanyakan penduduk tidak berani menghampiri kawasan lubuk itu lagi. Rupanya terdapat kisah lama tentang lubuk itu.
Menurut orang lama di kampung itu beberapa tahun dahulu, seorang gadis pernah membunuh diri bersama bayinya di situ. Ini kerana dia melahirkan anak luar nikah dan teman lelakinya tidak mahu bertanggungjawab. Disebabkan malu dan tertekan dia mengambil jalan mudah dengan menamatkan hayatnya di situ.
Akibat kejadian itu juga Nadz demam hampir seminggu dan sejak dari itu juga, tiga orang sahabat itu mengambil keputusan untuk tidak sesekali turun memancing di lubuk berkenaan dan mereka juga serik untuk keluar memancing pada waktu malam.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...