Resepi pemancing: Begahak Masak Tempoyak Pahang

Share

 

Bila bercakap masak tempoyak ala Pahang pastinya kita akan terbayangkan ikan patin. Patin masak tempoyak sememangnya sinonim dengan negeri Pahang.

Namun ada sejenis lagi ikan ikonik Sungai Pahang yang lebih nikmat jika dibuat masak tempoyak iaitu ikan begahak.

 

Bahan-Bahan:

 

1 ekor ikan begahak saiz sederhana

1 senduk atau lebih tempoyak

1 ikat daun kesum

1 batang bunga kantan

5-10 biji cili api (jika tak suka pedas tak perlulah letak)

I inci kunyit hidup

 

Cara penyediaan:

 

➡ Kisarkan cili api, kunyit hidup dan tempoyak bersama sedikit air (jika tiada blender, hanya tumbuk cili api dan kunyit hidup).

 

➡ Setelah dikisar, masukkan bahan tersebut ke dalam periuk dan nyalakan api. Masukkan sekali daun kesum dan bunga kantan.

 

➡ Setelah mendidih, barulah masukkan ikan dan juga garam gula dan perisakan.

 

➡ Renihkan sehingga ikan masak dan bolehlah dihidangkan ketika masih panas-panas.

Published by
Amang