Resepi Pemancing – BBQ Baung SST (Sangat Sedap Terangkat) ®

Share

 

Ikan baung dengan menu baung masak tempoyak memang tak dapat dipisahkan. Memang padu menu tu.

Tapi semestinya baung ni boleh buat masak tempoyak je, masak menu lain pun tak hilang rasa sedap baung tu.

Nak buat bbq atau bakar pun sempoi. Kalau nak try bakar, ni dia resepi dan cara penyediaannya.

 

Bahan-Bahan Keperluan: 

1 ekor ikan baung saiz kasar.

(Dibersihkan dan diperap dengan air asam jawa atau tepung gandum seketika bagi menghilangkan rasa hanyir).

 

Bahan-Bahan Untuk Sambal (dikisar)

  • 2 batang serai diketuk.
  • Dua inci halia.
  • 3 ulas bawang merah.
  • 3 ulas bawang putih.
  • 3 tangkai cili padi.
  • Sedikit garam.
  • Sedikit serbuk perisa (jika perlu)

 

Cara-Cara Penyediaan:

 

Lumur dan ratakan bahan-bahan tadi seluruh badan ikan.

Letak daun pisang dan sapukan sedikit minyak masak di atas grill. Letakkan ikan di atasnya.

Bakar atau grill di atas api yang sederhana.

Tambah ramuan sambal ke atas badan ikan.

Balikkan ikan dan masak sehingga rata.

Jangka masa masak ikan antara 15-20 minit.

Sedia untuk dihidangkan dengan air asam jawa atau kicap berlada.

 

(tip: Untuk mengetahui ikan sudah empuk atau tidak, cungkil isi ikan dan lihat sama ada isi ikan sudah bercerai dari tulang atau tidak. Enak dimakan dengan nasi ketika masih panas).

Published by
Amang