Resepi Pemancing – Baung Masak Lemak Cili Api Meletop ®

Share

 

Sekiranya anda ada trip memancing camping di sungai, jangan lepaskan peluang cuba mencari ikan baung. Bila dah dapat macam-macam menu masakan boleh dibuat.

Salah satunya masak lemak cili api… perghhh! Memang padu la camping dapat makan nasi lauk baung masak lemak cili api panas-panas!

 

Bahan-Bahan

  • Seekor ikan baung dalam anggaran 1 kg
  • Santan daripada sebiji kelapa-jangan cair
  • 10 tangkai cili padi
  • 2 inci kunyit hidup
  • Sebiji bawang besar
  • 2 batang serai dititik
  • 1 keping asam gelugor
  • ½ jag air

 

 

Cara Penyediaan

  • Bersihkan ikan baung.
  • Cili dipotong atau ditumbuk bersama kunyit hidup.
  • Masukkan pati santan beserta ramuan yang telah ditumbuk kedalam periuk.
  • Masak di atas api sederhana, masukkan ikan, asam keping serai, serai.
  • Tambahkan air, kacau selalu untuk elak santan pecah.
  • Siram kuah perlahan-perlahan ke atas ikan hingga ikan masak
  • Tunggu hingga menggelegak dan sedia dihidangkan.

 

Published by
Amang