Resepi Pemancing : Asam Rebus Ikan Bandang

Share

Ikan bandang antara ikan bertulang banyak yang kurang menjadi pilihan dijadikan juadah. Lazimnya, apa sahaja ikan yang bertulang banyak memiliki isi daging yang manis. Kalau nak try bagaimana rasa isi ikan bandang, bolehlah cuba resepi ini.

 

Bahan-Bahan

  • 1-2 ekor ikan bandang saiz sederhana
  • 2 biji limau nipis (ambil jusnya sahaja)
  • 3 batang serai (diketuk)
  • 5 biji cili merah (dihiris serong)
  • 5 biji bawang merah (dihiris kasar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar halus)
  • 3 cm kunyit (dikisar halus)
  • 2 cm halia (dikisar halus)
  • 1 sudu makan asam jawa (larutkan dengan 150 ml air panas)
  • Garam.
  • 1/2 sudu teh gula Melaka (dihiris)
  • 500 ml air

 

Cara Penyediaan

 

#1- Bersihkan ikan bandang, kemudian potong kira-kira 5-6 cm

#2- Lumur isi ikan dengan jus limau nipis. Biarkan seketika kira-kira 10 minit kemudian bilas dan ketepikan seketika.

#3 – Susun serai di dalam periuk dan letakkan isi ikan bandang ke atasnya.

#4 – Masukkan air, dan kesemua bahan keperluan. Masak dengan api kecil hingga mendidih dan ikan masak sepenuhnya.

 

Published by
Amang