Resepi Pemancing – Asam Pedas Kurau Bukan Gurau

Share

 

Bila dapat ikan kurau je pasti akan ada bunyi mengaitkannya dengan asam pedas.

Oleh kerana macam dah sinonim sangat ikan kurau dengan asam pedas maka kami sediakanlah resepi asam pedas untuk korang hasilkan bila berjaya strike ikan kurau nanti.

 

Bahan-Bahan :

 

  • 1 ekor ikan kurau
  • 1 ikat daun kesum
  • 1 batang bunga kantan (belah 2)
  • 2 batang serai (dititik)
  • 4 ulas bawang merah (dihiris)
  • 4 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia – (dihiris nipis)
  • 1 sudu kecil halba
  • 1 biji tomato (potong 4)
  • 4 helai daun limau purut
  • Air asam jawa secukupnya
  • Garam & gula secukupnya
  • Sedikit minyak untuk menumis

 

Bahan Kisar :

 

  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 8 biji cili kering (rendam seketika dalam air panas untuk lembutkannya)
  • Sedikit belacan bakar

 

Cara Memasak :

 

Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga berbau harum.

Masukkan halba dan bahan kisar, kacau rata. Biarkan hingga cili garing dan naik minyak.

Masukkan serai. Bila naik bau masukkan air asam jawa, daun kesum dan bunga kantan.

Bila mendidih, masukkan ikan kurau tadi. Biar mereneh hingga ikan masak.

Masukkan garam dan gula, sesuaikan rasa.

Masukkan daun limau purut dan tomato, biarkan mereneh seketika.

 

Published by
Amang