Jika korang memancing di muara dan peroleh ikan belukang yang kasar-kasar saiznya dan selalunya dilepaskan kembali kerana tak tau nak masak apa, selepas ini jangan dibuang lagi. Ikan belukang jangan disangka tidak sedap ini sebenarnya boleh jadi sedap jika tau cara penyediaan dan memasaknya. Berikut adalah cara penyediaan dan resepi yang disediakan oleh Lyza Jemail, yang mana ikan belukang ini adalah hasil pancingan beliau sendiri.
Bahan-bahannya:
1 ekor ikan belukang (saiz anggaran dalam 1kg dibasuh bersih, perah limau atau cuci dengan tepung untuk menghilangkan hanyir)
3 biji bawang merah
1 biji bawang putih
2 cm halia
15 biji cili kering kisar (boleh letak lebih)
2 cm belacan (tak letak pun takpe)
2 cm kunyit hidup
1 sudu besar lada hitam
3 batang serai – dititik
1 sudu teh halba
Daun kesum & bunga kantan
Air asam jawa secukupnya
3 sudu Jus limau nipis
Garam & gula
Minyak utk menumis
Cara-caranya:
– Bawang merah, putih, halia, cili, belacan, kunyit dan lada hitam dikisar bersama.
– Panaskan minyak dan tumis halba hingga kekuningan sikit..
– Masukkan bahan-bahan yang dikisar dan serai dan tumis hingga garing dan pecah minyak.
– Dah garing, masukkan gula… agak-agak je tapi jangan la manis sangat dan masukkan daun kesum dan bunga kantan.
– Masukkan ikan, kacau-kacau sikit, dan masukkan air asam jawa dan jus limau. Banyak mana asam jawa tu bergantung kesukaan u all nak buat kuah tu pekat ke cair. Kalau cair sangat tak sedap pulak… masam tu u all boleh agak-agak jugak. Jangan sampai masam giler sudah.
– Perasakan dengan garam dan biar dia mendidih (Kalau nak letak sayur bendi atau terung pun boleh… letak last sekali sebelum tutup api).