Resepi ini khusus untuk ikan siakap merah yang dipancing di laut dalam. Kalau siakap merah yang dapat kat muara tu kurang kick sikit. Kurang dari sekilo tak padu sangat. Siakap merah laut ni padu gila. Nak-nak lagi bahagian kepalanya dijadikan kari dimasak terus ketika di atas bot memancing.
Bahan-Bahan:
500 gram bahagian kepala (lagi besar kepala lagi sedap. Tapi kalau atas bot tu masak sekor la. Bukan korang sorang je nak makan)
Bahan untuk ditumbuk:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/4 biji bawang besar
Bahan untuk menumis:
3 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil halba campur
1 batang kecil kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Sedikit daun kari
Bahan-bahan lain:
2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
1 paket rempah kari ikan
1 sudu besar serbuk cili
1 biji tomato dipotong 4
5 batang bendi
garam dan gula secukup rasa
Cara Penyediaan:
Bancuh serbuk kari dan serbuk cili menjadi pes yang pekat.
Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan yang ditumbuk kasar bersama bunga lawang, kayu manis, daun kari dan halba campur hingga naik bau.
Masukkan pes serbuk kari dan cili, tumis sehingga pecah minyak, kemudian masukkan ikan, tutup selama 3 minit di atas api sederhana.
Masukkan 2 cawan santan cair, biarkan sehingga mendidih, kemudian masukkan satu cawan santan pekat, garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali masukkan tomato dan bendi selama 2-3 minit atau hingga sedikit layu.