Di Hawaii, ikan dorado atau mahi-mahi menjadi menu meja makan yang amat popular. Sebaliknya di negara kita ia seperti langsung tak bernilai. Sebenarnya ikan dorado juga setanding dengan ikan lain malah ada keenakan sendiri jika dibuat kari.
Bahan-bahan:
Isi ikan bahagian ekor
5 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1/2 sudu teh halba
3 tangkai daun kari
3 biji bawang besar (dikisar)
1/2 inci halia dikisar
2 sudu besar rempah kari ikan (digaul dengan bahan kisar)
Sedikit air asam (dicampur dengan bahan kisar)
1 cawan santan
Garam, gula dan serbuk perasa
Cara-cara penyediaannya:
Tumiskan bahan-bahan dihiris, halba dan daun kari hingga keperang-perangan.
Masukkan campuran bawang besar kisar dan serbuk kari ikan. Gaul rata dan biarkan hingga pecah minyak.
Masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
Setelah sebati dan bahan-bahan tumis tadi, masukkan ikan dan gaul lagi.
Masukkan sedikit air agak-agak tenggelam ikan tadi. Bila mendidih tambahkan dengan santan dan sayuran seperti terung, bendi kalau nak la.
Masak dengan dikacau sekali-sekala hingga kuah mendidih.