Memancing di atas sampan atau bot (mengebot) memang mempunyai kelebihannya yang tersendiri.
Khususnya kepada kaki pancing terutama jika mahu meneroka lubuk yang lebih berpotensi tidak kiralah ditengah laut, tasik mahupun sungai.
Tetapi harus diingat, biarpun ada kelebihan memancing di atas bot, namun risiko terdedah kepada bahaya juga amat tinggi.
Berikut merupakan beberapa langkah keselamatan yang boleh diambil kira ketika memancing di atas bot:
Jaket keselamatan
Sentiasa memakai jaket keselamatan yang diikat kemas pada badan (jangan hanya menyarung pada badan tanpa mengikatnya).
Dan pastikan juga jika menggunakan jaket keselamatan berkenaan mampu mengapungkan berat anda, tidak kira jenis jaket keselamatan yang digunakan.
Minyak ekstra
Jika anda memiliki bot dan enjin sendiri, pastikan bot dan enjin berada dalam keadaan baik sebelum keluar memancing.
Begitu juga jika anda adalah seorang tekong. Jangan abaikan perkara ini. Juga pastikan kelengkapan peralatan membaiki dan minyak tambahan mencukupi.
Jaga mulut
Jaga adab dan tutur kata ketika memancing di tengah laut mahupun kawasan terpencil di sungai pergunungan.
Yang penting sekali mulut jangan CABUL! Kecuali korang memancing seorang diri.
Ribut
Waspada terhadap ancaman ribut. Jika boleh, tamatkan trip atau cari kawasan berlindung dengan segera sebelum ribut melanda.
Lampu suluh
Bawalah lampu suluh walaupun tidak bercadang untuk pulang lewat petang atau malam. Ia umpama sediakan payung sebelum hujan kerana tiada siapa yang dapat menjangkakan apa yang bakal berlaku.
Tunggul
Sentiasa waspada terhadap tunggul kayu atau kayu balak hanyut tidak kiralah di sungai atau laut. Banyak kejadian sampan terbalik gara-gara melanggar kayu hanyut.
Ribut petir
Elakkan memegang joran ketika hujan lebat atau ribut petir untuk elakkan risiko daripada terkena renjatan elektrik. Barang-barang elektronik pada bot juga boleh terjejas jika joran disambar kilat.
Jangan gelojoh
Untuk casting di dalam bot, adalah lebih baik jika pemancing bertolak ansur untuk cast dan harus sentiasa memastikan jarak yang selamat sebelum melontar gewang.
Casting di atas sampan merupakan risiko paling tinggi terkena mata tiga gewang.
Peti perubatan
Bawa peti keselamatan yang lengkap dengan ubat-ubatan dan sewaktu dengannya. Kemalangan sememangnya tidak berbau.
Pelet merupakan makanan ikan yang terbaik untuk dijadikan umpan. Tanpa perlu dicampur apa-apa bahan sekalipun ia tetap akan dijamah oleh ikan. Namun mempercepatkan proses pelet ini dijamah oleh ikan, ia perlu campur dengan bahan-bahan perisa. Dan proses terbaik bagi menyatukan padu pelet dan perisa ini ia haruslah diperap atau diperam terlebih dulu.
Bahan-Bahan Keperluan
1 kg pelet 6363 / 920
Santan kelapa
kelapa parut
Perisa Strawberi Original
Yis segera
Cara-Cara Penyediaan Umpan:
Tutorial 1
Masukkan 1 kg pelet 6363 ke dalam bekas bertutup.
Tutorial 2
Curahkan pati santan atau santan kotak 200 mililiter kemudian goncang agar pati santan mengenai kesemua pelet.
Tutorial 3
Taburkan yis segera anggaran 2-3 cubit dan goncang lagi bekas acuan bertutup.
Tutorial 4
Curahkan pes perisa strawberi dalam anggaran 8-10 penutup dan goncang hingga sekata.
Tutorial 5
Taburkan kira-kira segenggam besar kelapa parut dan goncang sekali lagi. Perap adunan ini dalam bekas tertutup kira-kira 1 hingga 3 malam.
Cara Penggunaan Umpan:
Tutorial 1
Basahkan sedikit adunan umpan yang telah diperam apabila ingin menggunakannya.
Tutorial 2
Taburkan sedikit umpan gam jika perlu bagi mengelakkan biji pelet ini berderai apabila dikepal.
Tutorial 3
Gunakan spring dua mata kail dan cucuk mata kail dengan pelet. Satu mata kail lagi dicucuk dengan jajan atau keropok jagung.
Tutorial 4
Kepalkan pelet pada spring dengan menyelitkan mata kail dicucuk jajan di dalam kepalan. Manakala mata kail di cucuk pelet di luar kepalan.
Saya ingin berkongsi satu pattern dry fly di mana ia menjadi pilihan utama saya ketika memancing di sungai. Pattern bersifat terapung ini adalah salah 1 pattern yang menjadi pilihan saya sewaktu memancing kerana ia sangat berkesan dijadikan umpan pancing layang di sungai-sungai yang ada di Malaysia.
Sepanjang saya menggunakan pattern jenis ini, saya telah berjaya menaikkan spesies lampam, anak sebarau, tengas, nyenyuar dan ikan-ikan kecil lain. Ia sememangnya sangat efektif digunakan. Di sini saya ingin berkongsi serba sedikit cara-cara ikatan utk menghasilkan pattern yang diberi nama small klinkhammer ini.
Keperluan:
1- Vise
2- Bobbin holder
3- Gunting
4- Thread (benang hitam)
5- Whipe finishing
6- Colar hackle (bulu ayam bahagian tengkuk)
7- Dubbing material (light brown)
8- Hook #14
9- Polyyarn (putih)
Tutorial 1
Mulakan ikatan dari depan sehingga ke bahagian tengah.
Tutorial 2
Ambil copperwire sepanjang lebih kurang 7cm dan ikatkannya sehingga ke bahagian belakang.
Tutorial 3
Lilitkan dubbing material bermula dari belakang sehingga ke bahagian tengah hook.
Tutorial 4
Kemudian, ambil copperwire tadi dan lilit di atas dabbing material tadi dengan kemas dan potong lebihannya kemudian mematikan ikatan wayar tersebut dengan kemas.
Tutorial 5
Ambil sedikit polyyarn dan ikatkan dengan kemas di bahagian depan(rujuk pada gambar).
Tutorial 6
Ikatkan sehelai peacock herl untuk dililitkan pada bahagian hook.
Tutorial 7
Ambil 2 helaian bulu ayam (colar hackle dari bahagian tengkuk) dan lilitkannya pada bahagian bawah polyyarn.
Tutorial 8
Setelah selesai lilitan kedua-dua bulu tadi, matikan ikatan pada bahagian depan dan potong serta kemaskan bahagian lebihan bulu tersebut.
Tiga tahun mengejar ilmu, akhirnya aku lulus semua ujian ku. Bulan depan aku akan memiliki ijazah sarjana muda ekonomi perniagaan. Sementara itu aku cadang...