Pada 14 jun 1964, Walter Maxwell menggemparkan dunia memancing apabila menaikkan seekor tiger shark seberat 1,780 pound (807.39 kg) di perairan Cherry Grove, South Carolina.
Pada Ogos 1986, Mundus dan Donnie berjaya mendaratkan ikan terbesar dengan menggunakan joran dan kekili. Dengan menggunakan tali pancing berkekuatan 150lb, pasangan ini berjaya mendaratkan great white shark seberat 3,427 lb (1,554.46 kg)!
Alfred Dean pula berjaya mendaratkan ikan great white shark seberat 2,664 lb (1,208.37 kg) di pesisir pantai Australia selatan. Lebih menakjubkan beliau mengambil masa hanya selama 50 minit untuk mendaratkan monster tersebut. Lagi padu, beliau hanya menggunakan tali pancing berkekuatan 130lb.
Dengan menggunakan ikan pari sebagai umpan, Bucky Dennis berjaya menewaskan seekor hammerhead shark (yu tukul) seberat 1,280 lb (580.60 kg). Beliau mengambil masa selama 5 jam setengah untuk menewaskan jerung gergasi tersebut pada 23 May 2006.
Pada 16 May 2006, Martin Arostegui berjaya mengalahkan dan mendaratkan seekor jerung seberat 385 pound (174.63 kg). Beliau berjaya menumbangkan lemon shark itu di perairan Key West, Florida.
Pada 22 February 2010, David Kahlenberg berjaya menangkap seekor mako shark seberat 150 lb 5 ounce (68.26 kg) di perairan North Wale Island, New Zealand.