Pada 11 Mei 1979, Billy Pate berusaha keras untuk menewaskan seekor tarpon (bulan) seberat 182 lb. Kejadian itu berlaku di perairan Homosassa, Florida.
gambar hiasan
George Hogan berjaya menewaskan tarpon gergasi seberat 106lb di perairan Marathon, Florida pada tarikh 10 Jun 1992.
James Holland berjaya mendaratkan tarpon seberat 202.5 pound di Chassahowitz, Florida pada 11 May 2001.
Billy Pate berjaya menewaskan tarpon seberat 188 pound di perairan Homasassa, Florida pada tahun 1982.
Ads
Mario Salazar berjaya mengalahkan tarpon seberat 283 pound pada tanggal 19 March 1956, di perairan Venezuela.
gambar hiasan
Pada tanggal 10 May 2010, Thomas M. Evans, Jr. berjaya menewaskan 194.5 pound tarpon di perairan Pine Island, Florida.
Sailfish
Ads
Carl Stewart pada tahun 1947 berjaya mendaratkan Pacific sailfish (layaran Pasifik) terbesar yang pernah tercatat. Seekor sailfish raksasa seberat 220 lb berjaya ditarik keluar dari perairan Pulau Santa Cruz, Ecuador.
Bertempat di perairan Santa Cruz Island, Ecuador pada 12 Februari 1947, Carl Stewart berjaya menewaskan seekor Pacific sailfish (layaran Pasifik) seberat 221 lb.
Ads
Bertempat di perairan Pinas Bay, Panama bertarikh 18 Januari 1962, Dr. Webster Robinson berjaya menewaskan ikan layaran Pasifik seberat 74 lb 8oz.
Pada 7 September 1974 di perairan Salinas, Ecuador, Santiago Maspons berjaya menewaskan Pacific sailfish seberat 168lb.
Pada 5 Julai 1993, selepas mengarau kekili hanya selama 6 minit, Jerry Dunaway berjaya menewaskan Pacific sailfish seberat 111lb. Pertarungan hebat itu itu berlangsung di perairan Flamingo Bay, Costa Rica.
Raleigh Wertking berjaya menewaskan 141.5 pound Pacific sailfish di perairan Pinas Bay, Panama pada 27 December 27 1989 hanya selepas bertarung selama 8 minit.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Pasti ramai yang tidak menyedari spesies ikan pari memiliki pelbagai fakta pari yang menakjubkan. Ia termasuk kehebatan pertahanan mereka terhadap pemangsa, apa yang mereka makan, di mana mereka tinggal, berapa banyak spesies di sana, dan banyak lagi.
Ikan pari dapat ditemui di perairan tropika dan subtropika.
Tubuh ikan pari terbentuk dari jenis tulang rawan yang sama di telinga dan hidung kita.
Doktor gigi Yunani pernah menggunakan pari sebagai ubat bius.
Ikan pari memakan udang, kerang, dan remis.
Kulit pari digunakan sebagai lapisan bawah untuk kabel pada pedang Jepun kerana tekstur kulitnya yang keras.
Sekelompok ikan pari dikenal sebagai sekolah (schools).
Ikan pari termasuk dalam kelompok ikan yang disebut Elasmobranchs.
Ikan pari berhubung rapat dengan ikan yu.
Spesies ikan pari terbesar berukuran 6.5 kaki panjang.
Ikan pari mampu memiliki berat sehingga 790 pound.
Ikan pari menggunakan sensornya untuk merasakan signal elektrikyang dipancarkan oleh mangsanya.
Ekor pari biasanya memiliki tulang belakang.
Ikan pari menggunakan ekornya untuk mempertahankannya dari pemangsa.
Ikan pari tidak menggunakan mata mereka untuk menemukan mangsa.
Mata ikan pari ada di atas tubuhnya.
Ada sekitar 200 spesies ikan pari yang berbeza.
Ikan memiliki tubuh datar tanpa kerangka bertulang, seperti yu.
Warna dan bentuk tubuh pari memungkinkan mereka untuk menyelinap di bawah pasir dan menjadi tidak terlihat.
Ikan pari berenang dengan menggerakkan sirip mereka ke atas dan ke bawah.
Steve Irwin, seorang ahli alam Australia kehilangan nyawanya disebabkan ikan pari.
Ikan pari memiliki slide insang dan lubang hidung di sisi bawah tubuhnya.
Mulut pari terletak di sisi bawah tubuh mereka.
Ikan pari ekor pendek (short-tail stingray) adalah yang terbesar dari spesies ikan pari.
Ikan pari dapat hidup antara 15 hingga 25 tahun di alam liar.
Ikan pari melahirkan 2 hingga 6 anak setahun.
Ikan pari memakan makanan mereka dengan mengunyah rahangnya yang kuat.
Ikan pari adalah haiwan karnivor.
Ikan pari telah diketahui menyimpan sperma dan tidak melahirkan sampai waktunya tepat.
Masa hidup ikan pari adalah sekitar 15 – 25 tahun.
Tidak banyak spesies ikan di mana nama saintifiknya diguna pakai secara meluas di dunia. Ia sudah cukup menggambarkan kehebatan ikan arapaima ini.
Arapaima merupakan sejenis ikan air tawar berskala besar dari Sungai Amazon. Ikan ini juga dikenal dengan nama ‘Pirarucu’ di Brazil dan ‘Paiche’ di Peru merupakan salah satu spesies ikan air tawar terbesar di dunia yang masih hidup.
Ikan monster ini merupakan haiwan warisan dari zaman purba yang tidak mengalami evolusi dan belum punah.
Menurut sumber, terdapat 3 spesies ikan ini yang dikenali sebagai Arapaima agaszazii, Arapaima arapaima dan Arapaima mapae.
Kesemuanya adalah natif disekitar Amerika Selatan di dalam sungai air tawar. Ikan ini diburu menggunakan harpoon atau jaring untuk diambil dagingnya yang dikatakan amat lazat.
Seekor arapaima dewasa mampu menghasilkan daging ikan sebanyak 70 – 75 kg. Ikan ini akan timbul di permukaan air untuk mengambil udara di mana ketika itulah nelayan sungai akan menembak dengan harpoon.
Spesies ini didapati semakin pupus di dalam keadaan liar semulajadi kerana pemburuan ikan ini untuk dijadikan makanan.
Ikan arapaima adalah ikan yang bersaiz besar dengan panjang mencecah 2-25 meter dengan seberat mencecah 100kg seekor. Terdapat juga laporan ikan ini yang sangat besar sehingga mencapai berat badan sehingga melebihi 200 kg.
Pada masa ini ikan arapaima yang besar jarang ditemui kerana aktiviti memburu untuk dimakan atau di jaring untuk dieksport sebagai ikan eksotik pameran.
Ikan ini mempunyai insang besar yang perlukan udara yang diambil dari permukaan air setiap 5-10 minit.
Ikan ini secara semulajadi makan ikan kecil yang lain, krustasea malahan haiwan kecil lain yang terdapat di sepanjang sungai seperti burung. Ia merupakan predator paling bahaya jika paras air sungai berkurangan dan ia akan makan banyak jenis ikan.
Sekilas pandang apabila dilihat dari sisi, ikan ini memiliki bentuk tubuh yang mirip ikan kelisa.
Arapaima sememangnya satu famili dengan ikan kelisa iaitu dalam order Osteoglossidae. Namun bentuk tubuh ikan arapaima lebih bulat sedangkan ikan kelisa berbentuk tubuhnya pipih.
Kepala arapaima lebih tirus jika dilihat dari samping dan lebih ceper. Bentuknya yang unik dan ukurannya yang amat besar maka kini ikan ini sekarang menjadi ikan hiasan yang diminati ramai.
Habitat asal ikan ini ialah Sungai Amazon, tasik serta lembah berair di Amerika Selatan. Taburan ikan ini terhad jika adanya jeram besar atau air terjun yang tidak boleh dilalui.
Ikan ini memang jenis ikan yang bernafas di permukaan air dengan mengambil udara terus dari atmosfera.
Ikan arapaima juvenil pula sering muncul di permukaan air dengan kekerapan setiap 5 minit sekali manakala ikan dewasa muncul setiap 15-20 minit sekali.
Meskipun arapaima menyelam di bawah air selama beberapa minit, lazimnya dilaporkan ikan ini cenderung untuk berada pada permukaan air.
Ini menyebabkan nelayan sungai sering menunggu untuk berburu ikan arapaima yang sering menghirup udara yang menimbulkan suara khas seperti suara batuk.
Musim banjir di Amazon telah menjadi sebahagian dari putaran kehidupan ikan ini membiak.
Arapaima akan bertelur pada bulan-bulan di mana ketinggian air surut atau mulai naik. Arapaima membuat sarang kira-kira 50 cm lebarnya sedalam 15 cm di dasar air yang biasanya di kawasan yang berlumpur.
Apabila paras permukaan air naik maka telur-telur ikan tersebut menetas dan anaknya akan mengikut air banjir untuk membesar walaupun hanya sebahagian yang hidup. Lazimya ia berlaku pada bulan Mei-Ogos setiap tahun dalam kitaran semulajadi.
Ikan dewasa akan melindungi anaknya didalam mulutnya sehingga ia cukup umur untuk dilepas berenang sendiri.
Arapaima betina juga akan membantu melindungi arapaima jantan dan anak-anaknya dengan mengelilingi dan menghalang pemangsa lain memakan anak ikan tersebut.
Arapaima selalunya boleh sampai 20 tahun lamanya. Ikan ini semakin berkurang didapati dalam keadaan semulajadi kerana ia sedang diancam punah kerana ikan ini bukan termasuk spesies haiwan yang dilindungi.
Kecenderungan arapaima untuk timbul pada permukaan air membuatkan ia mudah diburu oleh manusia yang dengan mudah dapat membunuhnya dengan tombak.
Beberapa masyarakat tempatan di negara tersebut makan daging dan lidah arapaima serta mengumpulkan sisiknya yang dibentuk menjadi perhiasan unik dan barang-barang lainnya.
Spesies ini juga telah diperkenalkan, atau disebarkan oleh sistem sungai yang terhubung, setidak-tidaknya 88 negara di seluruh dunia.
Alasan pengimportan umumnya untuk digunakan dalam akuakultur. Di beberapa tempat ini, spesies ini dianggap sebagai spesies invasif.
Ikan tongsan sisik halus mampu mencapai panjang rata-rata 60-100 cm dengan panjang maksimum 140 cm dan berat 50kg.
Ikan kap perak adalah filter feeder atau jenis ikan yang menapis air untuk menyerap makanan melalui insangnya dan memiliki alat makan khusus yang mampu menyaring partikel sekecil 4 μm.
Jaringan insang bersatu menjadi agen penapis seperti span, dan organ epibranch mengeluarkan lendir yang membantu dalam memerangkap partikel kecil.
Sejenis organ menyepan kuat air melalui jaringan insang ini. Ikan tongsan sisik halus, seperti semua spesies Hypophthalmichthys tidak memiliki perut.
Mereka menapis makanan sebahagian besarnya fitoplankton. Mereka juga memakan zooplankton dan detritus.
Di lokasi yang mana spesies yang memakan plankton ini telah diperkenalkan, mereka dianggap bersaing dengan ikan-ikan planktivorous asli, seperti di Amerika Utara termasuk
paddlefish (Polyodon spathula), shad gizzard (Dorosoma cepedianum), dan ikan juvenil dari hampir semua spesies.
Kerana mereka memakan plankton, kadang-kadang mereka digunakan untuk mengendalikan kualiti air, terutama dalam mengawal blue-green algae berbahaya (cyanobacteria).
Spesies tertentu dari blue-green algae, terutama Microcystis yang beracun, dapat melewati usus ikan kap perak tanpa menjejaskannya, mengambil nutrisi dalam proses tersebut. Jadi, dalam beberapa kes, blue-green algae telah dihapuskan oleh ikan kap perak.
Ikan tongsan sisik halus dalam kitaran alami berhijrah ke hulu sungai untuk pembiakan; telur dan larva kemudian hanyut ke hilir, dan benih ikan menetas di zon dataran banjir.
Larva dan jevenil memakan zooplankton, beralih ke fitoplankton setelah ukuran tertentu tercapai. Spesies ini agak sensitif terhadap kondisi oksigen rendah.
Dua spesies lainnya berada dalam genus Hypophthalmichthys, ikan kap kepala besar atau bighead carp (H. nobilis) dan ikan kap sisik kasar atau largescale silver carp (H. harmandi).
Nama genus Aristichthys juga kadang-kadang digunakan untuk ikan kap kepala besar, tetapi sudah jarang diguna pakai.
Ikan kap kepala besar berbeza dari ikan kap perak dalam perilakunya (tidak melompat dari air ketika terkejut) dan juga dalam makanannya.
Ikan tongsan kepala besar juga menapis makanan tetapi mereka menyaring partikel yang lebih besar daripada ikan kap perak dan secara umum mengambil zooplankton yang lebih
besar dalam makanan mereka daripada ikan kap perak, yang mengambil lebih banyak fitoplankton.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...