Ranking Bisa Sengat Paling Surrrrr!

Share

 

Kaki pancing tegar biasanya sudah kebal dengan sengatan ‘manja’ begini. Kebanyakan sengatan masih mampu ditahan dan ada yang perlu dirawat secara serius.
Jom kita tengok ikan mana yang mempunyai bisa paling menyengat atau ada hidupan laut yang lebih berbisa.

 

(Kita letakkan skala 1-5 untuk mengukur sengat mana yang paling sakit. Skala 1 untuk yang kurang sakit dan skala lima untuk sengatan yang paling padu.)

 

Spesies ikan duri

Bisa ikan ini tidak sekuat ikan sembilang. Sengatan ikan duri akan menyebabkan rasa pedih dan aliran darah yang banyak kerana durinya yang besar. Jika terkena sengatan ikan duri, bersihkan bahagian itu. Kemudian, letakkan minyak angin ataupun minyak gamat. Seandainya ada pil paracetamol, boleh dimakan untuk mengurangkan rasa sakit. Jika sakit berlarutan, segeralah ke klinik.

(Skala menyengat – 2)

 

 

Spesies ikan kitang

Biasanya seseorang akan terkena sengatan ikan ini ketika menjala. Sakitnya ‘mencucuk’ dan terasa berdenyut. Sakitnya tidak lama, lebih kurang satu jam sebelum ia bernasur-ansur hilang. Jika disengat pada jari, secara automatik tangan akan menjadi lenguh.

(Skala menyengat – 2.5)

 

 

Spesies Ikan Dengkis

Sakitnya lebih daripada kitang. Lebih berbisa kerana ramai yang tidak menyangka ia ikan yang berbisa. Bisanya terletak pada duri di sirip ikan ini. Apabila terkena sengatan ini, pandangan mata akan menjadi sedikit kabur. Untuk tempoh beberapa jam anda tidak akan berasa selesa untuk memancing dan sebagainya.

(Skala menyengat – 3)

 

 

Spesies Ikan Sembilang

Sengatan ini masih boleh ditahan. Mampu membuatkan seorang lelaki ‘macho’ mengalirkan air mata tetapi sengatnya jika dirawat segera tidak mendatangkan kesan serius. Jika dibawa ke klinik atau hospital, biasanya akan diberi suntikan untuk mengurangkan sakit sengatan.

Petua orang dulu-dulu, kononnya jika disengat sembilang, seseorang itu dinasihatkan untuk gigit dan makan ekor ikan ini. Bolehkah petua ini dipercayai?

(Skala menyengat – 4)

 

 

Spesies Ikan Pari

Biasanya menyengat dan boleh membunuh. Apabila terkena sengatan ikan pari, segeralah dapatkan rawatan doktor. Suatu ketika dahulu kita pernah dikejutkan dengan kematian Steve Irwin yang popular menerusi programnya; The Crocodile Hunter kerana disengat ikan pari.

(Skala menyengat – 4.5)

 

 

Spesies Ikan Ketuka

Terkena bisa ikan ini ada masanya menyebabkan lumpuh pada bahagian disengat. Kesan lumpuh hanya sementara tetapi perlu dirawat segera. Duri ketuka sangat tajam dan mempunyai toksin di dalamnya. Bisanya menyengat.

(Skala menyengat – 4.9)

 

 

Spesies Obor-Obor

Haiwan ini juga berbisa. Jika terkena sengatnya, seseorang itu akan berasa pedih dan mengalami muscle spams yang menyebabkan hilang fokus. Jika sakit berlarutan, seseorang akan terasa seperti renjatan elektrik. Rasa sakit tidak sekuat ikan ketuka tetapi seseorang menjadi letih kerana kerap mengalami kejang otot.

 

 

Dinasihatkan apabila terkena sengatan ikan pari, letakkan cuka pada bahagian yang disengat. Cuka bertindak untuk membunuh toksin nematocysts. Tetapi jika terkena air tawar, ia akan menggalakkan pengeluaran toksin itu.

(Skala menyengat – 5)

Published by
Amang