Ramuan Umpan Patin Mekong Viral

Share

 

Patin Mekong sebenarnya tidaklah cerewet sangat memilih makanan umpan sebagaimana patin tempatan. Sama ada roti, dedak atau pellet semuanya dia tibai. Namun untuk membuka seleranya bagi memakan umpan yang kita sediakan, perlulah tahu apa yang disukainya dan berjaya menarik tumpuannya untuk mendekati umpan.

 

Bahan-Bahan:

 

1 kg pelet makanan ikan

Umpan Ulong Buah Perah

Pati santan 1 kotak kecil

Serbuk perisa strawberi

Dedak strawberi

Esen pisang

Air

 

Cara-cara penyediaan umpan:

 

Tutorial 1

Panaskan kuali dan masukkan pati santan 1 kotak kecil.

 

 

Tutorial 2

Setelah santan mendidih, masukkan 200ml air.

 

 

Tutorial 3

Biarkan ia mendidih dan masukkan pula 2 sudu besar serbuk perisa strawberi.

 

 

Tutorial 4

Kacau rata dan masukkan pula 2 sudu besar dedak strawberi.

 

 

Tutorial 5

Curahkan kesemua bahan masak itu ke atas palet.

 

 

Tutorial 6

Gaul rata dan biarkan seketika 15-20 minit.

 

 

Tutorial 7

Curahkan 8-12 penutup botol Umpan Ulong Buah Perah Strawberi dan gaul sehingga rata.

 

 

Tutorial 8

Masukkan pula 2 penutup botol esen pisang dan gaul sehingga rata.

 

 

Tutorial 9

Umpan masak Mekong yang siap untuk digunakan. Tambahkan air secukupnya jika palet agak keras. Biasanya sukatan 200ml memadai untuk melembutkan pellet pada tahap yang sesuai.

 

 

Tip tambahan:

Umpan ini boleh digunakan bagi teknik apungan atau dasar. Umpan perlu dicucuk pada mata kail dan dikepal pada spring.

Published by
Amang