Roti sandwich dan pelet makanan ikan merupakan dua jenis bahan umpan yang banyak digunakan di kolam-kolam pancing air tawar. Khususnya bagi memancing ikan spesies patin. Namun, pelet kosong tanpa sebarang campuran bahan perisa dan bau, umpama nasi kosong kepada manusia. Oleh yang demikian bahan perisa dan aroma tertentu diperlukan bagi mempercepatkan ikan mengesan umpan dan memakannya.
Bahan-Bahan Keperluan:
Pelet 920 (4kg)
Mama Essen Nenas Makassar (100ml)
Almond Oil (50ml)
Minyak Serai (100ml)
Air kelapa tua peram (2 liter)
Kelapa parut (2 biji)
Cara Penyediaan:
Masukkan 2 liter air kelapa peram di dalam bekas bancuhan umpan bertutup yang bersesuaian (mampu memuatkan 4 kg pelet).
Masukkan esen Mama Essen Nenas Makassar sebanyak 100 ml. Kemudian masukkan pula almond oil 50 ml dan minyak serai 100 ml. Gaul campuran ini hingga sekata.
Masukkan pelet 920 sebanyak 4 kg dan gaul sehingga pelet dapat meresap campuran bahan tadi.
Akhir sekali masukkan pula kelapa parut dan gaul hingga sekata. Tutup bekas ini peram bahan umpan ini kira-kira 3 hingga 5 hari sebelum digunakan. Bahkan semakin lama diperap semakin bagus hasilnya.