Sekiranya anda seorang penggemar makanan eksotik seperti telur belangkas, sudah pasti ia akan dijadikan juadah. Sebaliknya jika anda tidak berani untuk menikmatinya sebagai juadah, sebenarnya telur belangkas juga merupakan umpan yang mujarab untuk memancing spesies bermisai seperti sembilang, duri atau belukang.
Di sini, kami memperlihatkan tatacara mengambil telur belangkas dari cengkerang dan cara-cara memasangnya pada mata kail.
Tutorial 1
Proses mengambil telur belangkas perlu dilakukan secara cermat dan berhati-hati. Lendir atau urat dari telur ini perlu diambil sekali. Jangan ambik telur saja. Nanti susah nak cangkuk kat mata kail kerana ia memegang telur dengan sempurna.
Tutorial 2
Ads
Inilah rupa telur belangkas berserta urat dan lendir yang telah berjaya dikeluarkan dari cengkerangnya. Ia menjadi rebutan ikan-ikan pemangsa dan pelbagai spesies lain apabila belangkas melepaskan telurnya.
Tutorial 3
Ambil urat dan lendir yang disaluti telur tu dan cangkuk pada mata kail seperti biasa. Cara cangkuk lebih kurang macam kita guna umpan hirisan ikan atau sotong.
Ads
Tutorial 4
Cangkuk sampai umpan menutupi mata kail tetapi pastikan point mata kail itu tercucuk keluar dari umpan supaya mudah tercangkuk pada mulut ikan.
Ads
Tutorial 5
Inilah rupa yang dah siap. Tapi kalau nak elak umpan ni tercabut semasa proses melontar, korang disarankan ikat umpan ni dengan benang elastik atau tali benang biasa. Jadi, kalau terbaling kuat tu taklah bersepai umpan korang.
Tutorial 6
Hasil penggunaan umpan telur belangkas biasanya pak belangkas yang bedal dulu… kalau nasib baik dapatlah pak sembilang yang menjadi sasaran utama.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Terbukti padu sos umpan buatan sendiri yang dinamakan Papazola merupakan bahan umpan yang boleh digunakan secara terus dengan roti atau pelet untuk memancing ikan patin. Akan tetapi, jika umpan Papazola ini dicampur dengan beberapa perisa lainnya, ia akan menguatkan daya tarikan ikan untuk memakan umpan.
Berikut diperlihatkan cara-cara penggunaan umpan sos papazola ini bersama beberapa perisa jenama Papa Paste.
Bahan-bahan keperluan:
Sos Papazola
Perisa pandan Papa Paste
Perisa durian Papa Paste
1 kg pelet E8
250 ml air panas
Cara Penyediaan Umpan:
Masukkan 1 kg palet E8 (boleh juga gunakan palet 6363 atau 920) ke dalam bekas bancuhan bertutup.
Tuangkan 250 ml air panas ke atas palet dan segera goncang agar setiap biji palet diserapi air. Perap kira-kira 15 minit dan bolehlah goncang beberapa kali dalam tempoh tersebut.
Curahkan sebanyak 8 penutup botol sos Papazola ke atas palet dan goncang sehingga palet sekata. Biarkan atau perap lagi palet di dalam bekas bertutup selama 15 minit.
Tuangkan pula kira-kira 40 ml Papa Paste pandan ke atas palet dan goncang. Kemudian masukkan pula 10 ml Papa Paste durian dan goncang. Perap seketika dan umpan sudah boleh digunakan.
Perap seketika dan umpan sudah sedia untuk digunakan untuk memancing ikan patin yang merupakan spesies sasaran utama umpan Papazola ini.
Tapai ubi kayu sememangnya enak untuk dimakan. Bahkan, tapai ubi kayu jika diadun dengan beberapa bahan lain, ia sebenarnya boleh dijadikan umpan yang efektif khususnya untuk memancing spesies patin.
Bahan-Bahan
1 pek tapai ubi kayu
1 pek santan segera
1 tin minyak sapi (kecil)
1 pek tempe
1 pek mauripan
esen pisang
2 biji telur itik
roti sandwich
Langkah 1
Potong tempe kecil-kecil dan masukkan terus ke dalam bekas pengisar.
Langkah 2
Masukkan sebungkus ibu roti segera / mauripan.
Langkah 3
Masukkan satu pek penuh santan segera.
Langkah 4
Buangkan urat-urat dalam tapai ubi kayau dan masukkan ke dalam bekas pengisar.
Langkah 5
Masukkan 3 penutup esen pisang.
Langkah 6
Pecahkan 2 biji telur itik.
Langkah 7
Masukkan pes pandan/strawberi sebanyak 2 penutup sekiranya perlu.
Masukkan pes pandan/strawberi sebanyak 2 penutup sekiranya perlu.
Langkah 8
Kisarkan dulu bahan-bahan tersebut kemudian tuangkan minyak sapi yang telah dicairkan.
Langkah 9
Kisarkan sekali lagi adunan dengan minyak sapi dan sebaiknya simpan umpan ini sekurangnya 6 jam sebelum digunakan.
Untuk menjerat ikan-ikan liar khususnya di lombong, umpan yang digunakan haruslah berkesan bukan saja untuk memakan umpan, bahkan lebih utama agar mendekati umpan tersebut. Pelbagai resepi dibuat dan hasil tangkapan menjadi kayu pengukur. Berikut merupakan salah satu resepi yang telah terbukti keberkesanannya.
Bahan umpan:
Dedak ayam
Dedak 929
Dedak 928
Perisa strawberi Original
Minyak belangkas
Pelet / roti dadu
Tutorial 1
Masukkan kesemua satu paket dedak ayam ke dalam bekas bancuhan.
Tutorial 2
Masukkan pula satu paket dedak 929 ke dalam bekas bancuhan.
Tutorial 3
Masukkan kira 1/3 paket dedak 928 dan gaul sekata kesemua bahan tersebut.
Tutorial 4
Masukkan kira-kira 5 penutup pes perisa strawberi dan gaul sekata.
Tutorial 5
Masukkan air sedikit dan gaul sehingga adunan boleh dikepal.
Tutorial 6
Adunan terbaik adalah adunan yang boleh dikepal dan tidak terlalu mudah berderai.
Tutorial 7
Akhir sekali barulah masukkan minyak belangkas dengan anggaran 10 penutup dan gaul adunan hingga sekata.
Tutorial 8
Guna spring 2 mata kail atau lebih dan cucukkan roti dan pelet yang telah dicampurkan minyak belangkas.
Tutorial 9
Kepalkan dedak pada spring dan selit 1 atau 2 mata kail bersama di dalam dedak tersebut.
Tutorial 10
Baling umpan ke spot yang sama beberapa kali dan ikan akan segera menjamah umpan apabila menemuinya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...