Rahsia Teknik Casting Oleh Otai Gewang Handmade!!

Share

 

Selain habitat, kita juga kena kaji perangai ikan dan kena faham apa yang ikan inginkan. Dan kita kena faham ikan yang menghentam gewang kerana apa? Bukan kerana sesuatu gewang itu nampak hidup ada sisik dan sebagainya tapi pada colour, bunyi, renangan dan cara menggayakannya itu yang penting.

 

Naluri ikan semestinya mengenal jenis makanannya. Cuma sifat pemangsa yang rakus dan ego menyebabkan ia marah pada benda-benda yang berlegar di dalam kawasan dan di depan matanya.

 

Apabila pemangsa ini aktif, dia akan bermain di permukaan air untuk memburu mangsanya. Oleh yang demikian jika bertemu maka jangan dilepaskan peluang untuk mencampak gewang di kawasan ia aktif memburu mangsanya ini.

 

 

Selain itu cara terbaik yang lain carilah tempat-tempat seperti di bawah bayang-bayang pokok dan di tepi reba terutamanya ketika air sedang berarus.

 

Bagi penggunaan gewang selaman dalam (deep dive) pula kita patut mengetahui kedalaman sesuatu tempat untuk memilih gewang yang sesuai dengan kedalaman. Ia penting agar kita boleh mempersembahkan gewang betul-betul di muka pintu mahligainya.

 

Penggunaan gewang yang tepat untuk dipersembahkan adalah penting. Bila tersalah pilih maka hilanglah peluang strike pada masa itu. Namun jangan terus lari… cubalah lagi dengan gewang yang lain pula.

 

 

Published by
Amang