Ikan tengalan (Puntioplites bulu) merupakan spesies yang tergolong dalam keluarga Cyprinidae yang mampu membesar di habitat semulajadi sehingga 7kilogram berat dengan ukuran 35cm panjang.
Ikan yang ‘berat mulut’ untuk memakan umpan di mata kail ini mempunyai tabiat pemakanan yang amat perlahan iaitu dengan cara mematuk dan menyedut makanan disebabkan mulutnya yang kecil serta tidak mempunyai barisan gigi yang membolehkan ia mencengkam makanan.
Dedak yang telah digaul perisa strawberi dan pandan yang kemudiannya dicampur palet ikan antara yang laris untuk menjeratnya. Bebola polisterin yang kecil dicangkuk ke mata kail supaya ia terapung kerana tengalan makan secara menegak dengan mulutnya di bawah serta ekornya ke atas.
Ketika ia sedang leka menyedut umpan dedak pasti akan tersedut mata kail yang terawang-awang masuk ke mulutnya.
Ads
Pecutan pertama sang tengalan setelah ‘tercekik’ mata kail mampu membuatkan joran terpelanting ke dalam sungai. Jangan pandang sebelah mata ikan ini dengan meletakkan joran bebas merdeka atau menyandarkannya sambil lewa.
Kedudukan rumah rakit yang ditempatkan di satu selekoh Sungai Tembeling ini dengan tebing berbatu hingga ke dasar merupakan lubuk kegemaran berbagai spesies termasuk tengalan yang gemar bermain di pertengahan serta dasar sungai.
Ads
Menurut Haji Nan harga pasaran bagi ikan yang berbadan pendek, dempak serta banyak tulang tapi manis isinya ini mencecah sehingga RM70 sekilogram.
Selain lampan sungai dan temperas yang dianggap pengacau turut terpedaya. Turut memeriahkan suasana apabila beberapa ekor kerai kunyit serta kelabau sudi menjamah umpan.
Teknik mata bom di sungai ini juga berjaya menjinakkan sebilangan patin lawing yang pada kebiasaannya dipancing menggunakan umpan roti dan lipas.
Ads
Info Rumah Rakit Haji Nan
Dibina pada tahun 2007. Untuk ke rumah rakit ini mengambil masa 45 minit hingga 1 jam dari Kuala Tahan bergantung kepada paras air serta muatan.
Disamping berkunjung bersama rakan pemancing, rumah rakit ini juga sesuai untuk pancingan santai bersama keluarga sambil bercuti menikmati keindahan alam semulajadi hutan hujan yang berusia 130 juta tahun.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Sememangnya ikan jebong bukanlah spesies sasaran oleh golongan pemancing malah ia tiada sama sekali disenaraikan dalam fikiran pemancing bila turun ke laut. Ia banyak dipancing secara tidak sengaja oleh kaki laut ketika jigging apollo untuk mencari ikan umpan. Cuba bayangkan jika ia bedal apollo, terkial-kial kita terpaksa melayan bagi mengelakkan apollo putus. Kalau apollo putus dah rugi satu set apollo.
Jebong memiliki mulut kecil, gigi kapak tajam dan sifatnya yang suka mengutis makan iaitu tidak menelan sekaligus, maka amat sukar untuk menjeratya menggunakan mata kail besar lebih dari saiz 1 atau mata udang no 11.
Mata kail kecil jenis long shank yang mempunyai teras lebih panjang amat digalakkan bagi mengelakkan ikan ini mudah menggigit perambut tangsi yang digunakan. Teknik pancingan yang sama seperti memancing ikan barat-barat boleh digunakan (boleh rujuk teknik pancingan ikan barat-barat yang pernah disiarkan).
Memancing jebong memerlukan mata kail kecil tetapi kuat seperti mana mereka yang gemar memburu ikan bayan. Bezanya bayan tiada masalah menggunakan mata 3/0. Namun demikian ikan ini lebih banyak ditangkap menggunakan bubur serta pukat secara komersial.
Saya berpengalaman ketika memancing di mana umpan sotong kurita dikerjakan hingga licin sebelum sempat umpan tersebut sampai ke dasar. Untuk mengetahui spesies apa yang mengerjakan umpan, saya segera tukar saiz mata kail.
Bila tukar saiz mata kail barulah kena buku dengan ruas. Jika menggunakan perambut stail apollo, pastikan saiz mata kail kecil berpadanan dengan umpan bagi mengelakkan ia mengutus.
Hirisan kecil sotong adalah paling mujarab kerana ia ia lebih tahan dan liat dari isi ikan. Umpan jangan terlalu besar kerana ikan ini akan mengutis umpan sebelum ditelan. Ia hanya akan menelan apabila saiz berpadanan dengan luas bukaan mulutnya. Saiz umpan memainkan perana memujuk jebong memilih untuk menelan dari mengutis.
Apabila kita menggemari spesies ini, kita akan lebih menumpukan teknik betul agar tidak tertipu dengan stail licik ikan jebong ini.
Seboleh-bolehnya kurangkan penggunaan lampu suluh. Paling penting jangan menyuluh secara terus ke arah air.
Cahaya dari lampu suluh boleh menyebabkan ikan menjauhi kawasan pancingan kita, sebaliknya boleh mengundang haiwan berbahaya. Tabiat menyuluh ke air ini sememangnya sukar untuk dihakis oleh para pemancing.
Kit Penghalau serangga
Insect repellent atau kit penghalau serangga juga perlu ada demi untuk keselesaan memancing. Tidak kiralah dalam sapuan atau semburan. Kecuali, korang sudah kebal dengan gigitan nyamuk dan agas serta serangga-serangga hutan.
Pakaian sesuai
Nak pakai pakaian macam pergi pejabat pun boleh asalkan jangan serba-serbi warna hitam. Pakaian serba hitam memang bagus bagi penyamaran kerana ikan tidak nampak kehadiran kita tetapi tidak bagi nyamuk.
Seperkara lain, ia turut menyulitkan rakan sendiri kerana boleh menimbulkan banyak kekeliruan.
Pancing berkumpulan
Sebaik-baiknya memancinglah secara berkumpulan. Walaupun cuma memancing di sungai belakang rumah atau tepi lombong, setidak-tidaknya ia dapat membantu jika berlaku apa-apa insiden yang tidak diingini.
Jangan sepahkan peralatan
Amalkan sikap menyimpan peralatan memancing yang tajam seperti mata kail atau pisau di tempat asal selepas digunakan. Jangan malas bagi mengelakkan kecederaan yang tidak diduga.
Unggun api
Sebaiknya juga buatkan unggun api bagi menjauhkan binatang-binatang buas dan berbisa menghampiri kawasan pancingan kita (peringatan : jangan pula korang buat unggun api jika memancing di atas sampan!)
Kenal ikan
Ambil sedikit masa terlebih dahulu spesies tangkapan yang berjaya didaratkan sebelum mengendalikannya bagi mengeluarkan mata kail agar tidak terpegang ikan sembilang sama seperti memegang ikan gelama.
Belerang
Jika perlu, tabur belerang dalam bentuk lingkaran bagi memagari kawasan korang memancing. Ia bertujuan untuk menghalang binatang atau serangga berbisa memasuki kawasan korang. Namun, jangan biarkan belerang itu terlepas masuk ke kawasan air.
Anda tidak perlu risau mengenai kesegaran umpan serta jenis umpan tersebut. Yang perlu ialah semangat, kombinasi perlatan yang sesuai serta pelbagai set umpan tiruan yang beraneka rupa, jenama, jenis dan tentunya harga.
Kalau hanya satu gewang sahaja yang dibawa anda dikira belum digelar caster atau jigger tegar.
Selain itu skill dan kemahiran mengendalikan gewang bermata tiga ini perlu dipertingkatkan agar kes tersangkut pada anggota badan pemancing lain dapat dihindarkan.
Tak sanggup rasanya untuk bayangkan mata tiga popper tersangkut pada bahagian kepala!
Gerepoh banyak diburu dengan teknik moden ini ketika air besar iaitu 26hb hingga 4hb Hijrah dan 13hb hingga 18hb Hijrah. Waktu ini air akan pasang awal pagi dan waktu petang di mana GT akan meronda di kawasan tepian batu atau pulau tatkala air pasang.
Teknik casting gewang serta menunda adalah paling efektif. Ringkasan di sini ialah pengaruh dan faktor cahaya bulan juga perlu dirujuk jika inginkan hasil yang lebih positif. Paling mudah ketika waktu bulan gelap.
Jika anda berminat untuk GT saiz yang lebih besar melalui teknik pancingan asas, dapatkan anak ikan tetanda saiz setengah kg, mata kail 5/0 hingga 10/0 (pakai 2 mata) dengan
perambut 100Ib dan dilengkapi dengan wayar atau kabel 7X7 pada bahagian hadapan perambut.
Saya syorkan jenis ini kerana ia lembut dan mudah diikat. Hanyutkan anak tetanda tanpa pemberat terutama di kawasan tebing pulau dengan kedalaman air 30 meter.
Selain itu umpan yang biasa juga digunakan ialah kombinasi sotong cumit segar, kembong, ikan terbang, pelaling, selayang serta tamban. Jenis umpan segar terutama untuk yang hidup mudah diperolehi dengan teknik apollo serta disauk pada waktu malam.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...