Terima kasih atas pelawaan admin majalah Umpan saya berkongsi sedikit tips memancing ikan tamok iaitu spesies belanak bersaiz besar. Di sini saya berikan pengalaman sepanjang saya memancing ikan tamok. Sememangnya seronok memancing tamok.

 

Gunakan set pancing yang ringan (light set). Untuk keseronokan yang lebih, guna joran sekurang-kurangnya 7 kaki dan kekili siri 1000. Main line tidak melebihi 12 lbs (dikatakan tali yang lebih halus lebih berkesan untuk memburu spesies ini).

 

Rahsia Menjerat Tamok Dengan Pantas

 

Mata kail bersaiz kecil (matakail udang saiz 7 dikatakan paling efektif). Ada pemancing yang menggunakan mata kail yang banyak, sama seperti mata bom atau mata rambai untuk memancing spesies ini.

IKLAN

 

Gunakan pelampung bersaiz kecil dan jarak pelampung dengan mata kail hanya sejengkal sahaja. Di kawasan Port Dickson pemancing menggunakan pelampung perahu layar untuk memancing spesies ini.

 

Rahsia Menjerat Tamok Dengan Pantas

 

IKLAN

Umpan yang paling efektif ialah roti (cangkuk pada mata kail). Boleh juga guna umpan lain seperti dedak liat atau anak udang kecil.

 

Ada juga yang berpendapat penting untuk merasuah dahulu ikan belanak ini dengan biskut yang telah dihancurkan. Saya pernah juga mencubanya.  Apabila melihat kawanan ikan ini, baling umpan betul-betul dikawasan tersebut.

 

IKLAN

Rahsia Menjerat Tamok Dengan Pantas

 

Selain menggunakan umpan dan mata kail, ada juga yang berjaya memperdaya ikan ini menggunakan bom jaring  (bomb net) dan baling pada kawanan belanak tersebut. Pasti ada yang akan tersangkut di jaring itu. Namun dengan cara ini, ianya tidaklah begitu thrill jika dibandingkan memancing menggunakan umpan dan mata kail.

 

Ada juga pemancing yang menggunakan mata tiga untuk memancing ikan belanak ini di kelong kerana kebiasaannya spesies ini amat culas untuk memakan umpan roti yang dihulurkan.

 

Rahsia Menjerat Tamok Dengan Pantas

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI