Rahsia Menjerat Gerong Belang Dengan Umpan Tiruan

Share

 

Ikan gerong belang tidak lagi menjadi spesies sasaran pancingan konvensional (bottom fishing atau pancingan dasar) laut dalam, sebaliknya ia sudah menjadi spesies sasaran utama khususnya penggemar teknik jigging ringan di negara kita.

 

Walaupun fizikal mulut ikan gerong belang merupakan jenis bottom feeding, namun apabila gewang tiruan digayakan di zon strike atau habitatnya, gerong belang akan menjadi spesies ikan pemangsa yang sangat agresif dan rakus.

 

 

Respon gerong terhadap jenis gewang juga sangat meluas. Disebabkan itu, gerong belang digemari oleh pemancingyang gemarkan penggunaan umpan tiruan seperti teknik mengilat, jigging, surf casting serta fly fishing dek kerana gerong tidak sukar untuk dipujuk.

 

 

Jika anda berada di kawasan zon strike spesies ini, pasti sangat mengujakan apabila strike demi strike yang dilakukan oleh sang gerong terhadap gewang yang dihulur. Gewang ‘hard lure’ minnow saiz kecil hingga sederhana antara saiz ideal yang sesuai untuk menggoda gerong belang. Saiz sebegini sesuai untuk mengilat terutama di kawasan agak cetek, di mana menjadi tempat permainan gerong.

 

 

Selain itu, gewang permukaan seperti popper dan stick bait pula bukan sahaja sangat efektif, malah mampu memberikan visual aksi sambaran yang mengagumkan saat dibaham spesies trevally ini.

 

Teknik penggunaan umpan tiruan seperti jigging, casting, trolling, fly fishing malah penggunaan soft plastic memang efektif untuk memancing gerong jika anda berada di zon strike atau habitat kegemaran gerong. Selalunya kawasan cetek berpasir, jernih dan berterumbu karang mempunyai potensi tinggi sebagai zon strike.

 

Published by
Amang