Rahsia Memanjangkan Jangka Hayat Tali Pancing!!

Share

 

Sebagaimana yang pernah dinyatakan dalam siri Korang Tanya Umpan Jawab, usia atau jangka hayat tali pancing (braided dan mono) mampu bertahan sehingga lebih 10 tahun jika tahu cara penjagaannya.

Oleh yang demikian kami ingin berkongsi cara-cara penjagaan tali bagi memanjangkan jangka hayatnya.

 

CUCI

Setiap kali selepas memancing, jirus atau tali pancing di dalam spool dengan air paip. Pastikan jirusan air itu dapat meresap masuk hingga ke bahagian tali yang berada di bahagian dasar spool.

Terutamanya jika menggunakan tali sulam dan memancing pula di air masin. Selain menghilangkan kotoran ia juga mampu membendung pembentukan garam pada tali yang akan menjangkiti spool.

 

JEMUR

Selepas dibilas, sebaiknya biarkan ia mengering dalam suhu bilik atau di dalam rumah yang tidak terkena cahaya matahari secara terus.

Cahaya terus matahari boleh menjejaskan ketahanan tali. Elakkan juga dari menyimpan terus di dalam almari atau bekas simpanan yang bertutup ketika ia masih basah kerana akan menyebabkan kewujudan fungus pada tali.

 

SIMPAN

Apabila menyimpan, pastikan drag kekili dilonggarkan. Drag yang ketat akan turut menyebabkan regangan pada tali.

Sekiranya tidak akan menggunakan kekili tersebut untuk tempoh yang agak panjang, sebaiknya keluarkan tali dari spool dan simpan di bekasnya dengan susunan yang longgar.

Jika rajin bolehlah lap tali dengan kain basah ketika memasukkannya di dalam bekas simpanan tali.

 

 

Untuk tempoh sekurang-kurangnya setahun, tali di dalam spool harus dikeluarkan dan di simpan pada bekas simpanan.

Apabila ingin menggunakannya kembali, pastikan bahagian tali yang telah digunakan itu dimasukkan dahulu ke dalam spool.

Ini membolehkan tali yang sudah digunakan berada di dasar spool dan tali yang tersimpan di dasar spool sebagai tali utama.

 

 

baca juga 5 Tips Penting Memancing Dalam Hujan

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

 

Published by
Amang