Udang harimau betina mampu mencecah 33cm panjang, dengan berat 200-320gm namun spesimen yang biasa ditemui sekitar 25-30cm sahaja. Sementara udang harimau jantan lebih kecil sekitar 20-25cm panjang dengan berat sekitar 100-170gm sahaja.
Jom like & See First page portal memancing terbaru – www.facebook.com/umpanmania101
Khasiat udang harimau
Udang adalah makanan kaya dengan nutrien penting yang diperlukan oleh tubuh Manusia. Kandungan utama udang yang sangat terkenal adalah protein yang diperlukan untuk pemakanan dan lemak rendah. Udang juga mengandungi antioksidan seperti selenium kandungan ini memberikan manfaat dalam mengurangkan risiko kebotakan dan kanser.
Selain daripada kandungan mineral penting yang terkandung di dalam udang adalah viamin seperti omega 3. Omega 3 berguna untuk meningkatkan kecerdasan dan dapat melindungi tubuh dari kerosakan radikal bebas, mencegah pembekuan darah dan pengoksidaan kolesterol jahat sebagai penyebab utama penyakit jantung.
Tip memancing
Sebenarnya memancing udang harimau kolam lebih kurang sama dengan memancing udang galah kolam tetapi berbeza dengan memancing di Sungai. Pemancing perlu ada sedikit pengalaman dan skill. Saya yang sekian lama tidak memancingnya kerap kali gagal, hampir 2 jam memancing barulah berjaya mempelajari teknik & taktik.
Tumpuan terhadap joran penting kerana jika leka umpan akan dicuri udang. Jika pelampung bergerak atau tenggelam, berikan sedikit ruang agar udang dapat membawa lari umpan kerana ketika itu udang sedang membawa umpan sambil cuba memakannya.
Perlahan-lahan angkat joran dan lakukan sedikit sentapan bagi memudahkan mata kail tercangkuk kemas dimulut udang.
Jom like & See First page portal memancing terbaru – www.facebook.com/umpanmania101
Apa yang saya lihat ia memerlukan ketekunan dan sentiasa berubah tempat mencari port udang berkumpul, samalah seperti memancing udang sungai, cuma bezanya hanya perlu bergerak selangkah dua sahaja.
Sebenarnya tidaklah sukar atau perlu menunggu lama seperti memancing di Sungai. Jika kena pada port, labuhkan umpan terus mendapat sambaran.