Ramai yang bersetuju untuk memancing udang galah bukanlah satu tugas yang berat dan sukar.

Tetapi, untuk berjaya bergelar seorang pemancing udang galah tegar, bukanlah boleh diterjemah dalam tempoh yang singkat.

 

Jika bukan untuk menjadi seorang pemancing udang galah tegar sekali pun, banyak perkara yang perlu diteliti dan faham tentang udang galah sebelun mencuba untuk memancingnya.

Berikut kami dedahkan sedikit rahsia untuk memancing udang galah.

 

 ➡  KENALI UDANG, KENALI UMPAN

 

Udang galah dikelaskan sebagai haiwan omnivor yang boleh makan apa sahaja di hadapannya. Bagi memudahkan kita untuk mengesan udang galah, seeloknya gunakan umpan berbau.

Jika di kawasan air jernih, udang galah sangat peka dan agak sukar untuk ditangkap melainkan jika dipancing pada waktu malam atau di lokasi yang didominasi haiwan ini.

 

 ➡  UMPAN SESUAI

 

Umpan yang selalu digunakan untuk memancing udang galah adalah perumpun. Antara perumpun yang digunakan adalah jenis sarang, bakau, pantai, dan nipah.

Cacing tanah atau anak udang sebagai umpan juga digalakkan.

Ads

 

Isi kerang, remis, dan isi ikan juga selalu dijadikan umpan untuk memperdayakan sang udang galah.

Sebenarnya tidak sukar untuk mengumpan udang galah kerana spesies ini tidak cerewet. Udang galah boleh makan ikan longkang sama ada ia mati atau hidup.

 

Ada pilihan lain seperti jantung atau hati ayam tetapi lebih sesuai digunakan jika anda memancing di kolam.

Jangan pasang umpan yang terlalu besar pada mata kail kerana ia akan melambatkan udang galah untuk menelan mata.

 

Sebaiknya sediakan umpan yang sepadan dengan mata kail yang digunakan. Saiz mata kail udang dan jenisnya bergantung pada batang pancing.

 

Rahsia Memancing Udang Galah!!

 

Ads

 ➡  WAKTU SESUAI

 

Kebanyakan kaki pancing suka untuk menangkap udang galah kerana ia tidak bermusim.

Tapi waktu terbaik untuk mendapatkan udang galah adalah pada musim kering (tiada hujan sebelumnya).

Selain itu, menghendap udang galah pada waktu malam juga lebih mudah.

 

Kesimpulannya, udang galah tidak bermusim. Bila-bila masa pun ada! Cuma mungkin kurang sedikit di muara sungai selepas musim hujan atau ketika muara sungai tawar airnya.

 

 ➡  LOKASI / SPOT

 

Ads

Seandainya anda memilih kawasan pendalaman seperti hulu sungai atau bekas lombong lama, eloklah ambil berat tentang soal keselamatan. Tempat yang tidak dikenali seperti itu biasanya berbahaya.

Jika anda anda terdengar cerita tidak ‘elok’ tentang lokasi itu, tak perlulah menempah bahaya unuk ke sana.

 

Jika anda mahu mencari udang di muara sungai, biasanya udang galah akan banyak selepas beberapa hari turunnya hujan di tempat itu. Bila hujan, airnya akan keluar ke laut melalui sungai.

Haaa… Air inilah yang membawa udang galah bersama. Pada waktu ini, udang galah akan banyak di kawasan muara sungai. Udang galah akan mudik semula ke hulu sungai apabila air di muara sungai kembali payau atau masin.

 

 ➡  PERALATAN SEPADAN 

 

Apa-apa saja joran yang dilabel sebagai joran udang galah boleh dipakai. Kekili pula biarlah sepadan dengan joran. Sebaiknya guna kekili kecil dengan siri 500 – 2000 sahaja.

Tali utama sebaiknya tali sulam berkuatan 10-15lb sahaja. Lagi halus lagi bagus bagi membelah arus. Perambut yang dicadangkan adalah yang menggunakan tangsi 6-12 paun. Ia sudah memadai untuk menampung berat atau kudrat udang.

 

Kebiasaannya, berat udang galah dalam lingkungan 50-500gm sahaja. Gunakan mata kail nombor 2 hingga mata kail nombor 6 kerana saiz ini paling sesuai. Sementara batu ladung

pula bergantung kepada arus. Lazimnya batu hidup saiz 4-6 menjadi pilihan ramai pemburu udang galah.

 

Rahsia Memancing Udang Galah!!

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI