Ikan tongkol atau aya merupakan spesies yang seronok dipancing.  Jika anda ingin menguji kepakaran mengendalikan peralatan sederhana (aksi ringan dan sederhana) dengan kekuatan maksimun 15Ib, kenapa tidak cuba dengan ikan peluru torpedo ini.

 

Henjutan dan rembatan yang dibuat ke atas set pancing membuatkan otot-otot lengan kejang seketika. Ketika ini  anda akan lihat joran aksi sederhana melentur bagai huruf U.

 

Rahsia Memancing Spesies Tongkol

 

Bertarung dengan spesies pelagik berlainan dengan spesies demersal kerana spesies pelagik mampu memberikan tentangan hingga ke permukaan air, kadang-kadang ia membuat loncatan akrobatik ke udara… mempamerkan semangat juang yang tinggi.

 

Bertarung dengan ikan berbadan tegap dan sasa, anda perlu sabar, layan kehendak dan arah renangan ikan, bagi tekanan dan pam pada kekuatan 1/3 dari kekuatan tali yang digunakan. Begitu pun ikan tongkol cepat letih walaupun kuat pada permulaan dan biasanya kurang dari 10 minit ia mula mengikut arah tali masuk ke spool.

Ads

Ketika ini anda tidak perlu gopoh memujuknya ke arah bot, layan dengan sabar sehingga ia benar-benar tersadai keletihan ke sisi bot.

 

Rahsia Memancing Spesies Tongkol

 

Perambut sepanjang pangkal lengan (2-3 kaki) dengan kekuatan 30Ib-50Ib disyorkan. Jangan terlalu panjang perambut kerana ia menyukarkan anda membuat balingan ke kawasan ikan bermain. Tidak perlu dawai, tanduk, ladung mahupun pemberat.

 

Ads

Ikat mata kail bersaiz 1/0, 2/0, 3/0, 4/0 hingga 5/0 sama ada jenis mata kail octopus (untuk umpan hidup) dan mata kail o’shounessey (umpan mati).

 

Rahsia Memancing Spesies Tongkol

 

Umpan mengikut susunan kegemarannya bilis segar, anak tamban, selar, kembung, selayang dan tamban segar. Saiz ikan umpan itu jangan terlalu besar, paling baik 1 hingga 2 jari dewasa. Tidak kisah sama ada umpan hidup mahupun mati dengan syarat ia segar.

 

Ads

Dari perspektif pemancing pula, ikan tongkiol yang bersaiz kecil (besar lengan) sesuai dijadikan umpan hidup (live bait) untuk memancing layaran, mersuji mahupun tenggiri.

 

Rahsia Memancing Spesies Tongkol

 

Disebabkan ikan tongkol memiliki darah hanyir yang banyak dikeluarkan dari badannya, umpan yang hidup biasanya `dikelar’ agar darah berbau hanyir yang keluar mampu menarik perhatian mangsa terutama ikan jerung yang tajam deria pengesan mangsa.

 

Ikan tongkol juga boleh dimodifikasi untuk menggantikan gewang yang dibeli. Keberkesanannya hampir sama sahaja dan harganya lebih rendah dari gewang yang dibeli. Isi tongkol juga banyak digunakan untuk memancing ikan merah (snapper atau red snapper) di negara kita juga di negara luar seperti di Australia.

 

Rahsia Memancing Spesies Tongkol

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI