Oleh: CheDin Angler
Nak memancing siakap di Kong Kong ni kena pandai baca air. Sebab siakap ni suka duduk muara sungai, seelok-eloknya masa nak mancing dia ni ialah masa air dah dekat-dekat nak pasang penuh sebab masa tu tahap kemasinan/kepayauan air laut yang bercampur dengan air sungai cukup sesuai dengan siakap ni. Lagi pun masa tu arus dah tak kuat, senang nak buat kerja.
Mancing siakap kalau pemancing yang tak nak main casting ni paling mujarab pakai umpan hidup seperti udang atau belanak hidup. Ikan jenjulung pun boleh. Tapi kena guna pelampung.
Tali utama dalam 10-20lbs dah cukup. Rod jenis fast action sesuai dengan kekuatan tali utama. Perambut kena kasar sikit dalam 30-50 lbs dari jenis abrasion resistance sebab siakap ni cekap memutuskan perambut dengan menggunakan penutup insangnya yang tajam tu.
Tak perlu guna perambut dawai sebab tips yang saya dapat dari pakar siakap dari Halco iaitu Mr. Barefoot Hodgie mengatakan perambut dawai ni mengakibatkan wujubnya tenaga elektrik yang menjadikan siakap culas untuk mendekati umpan.
Cara ikatan (rigging) ialah batu ladung kecil diletakkan di antara umpan dengan pelampung supaya umpan tenggelam dan tak dapat berenang menghampiri tali yang akhirnya menyebabkan tali berselirat dengan perambut dan umpan.
Jarak umpan dengan pelampung bergantung kepada kedalaman air, kalau sungai tu dalam kena panjangkan lagi sebab siakap berlegar mencari mangsa di antara pertengahan air ke bawah permukaan air. Itulah sebab dia cukup suka dengan belanak sebab belanak duduk kat permukaan air – senang dia serang hendap dari bawah.
Kkalau nak casting atau trolling di muara… waktu afdal adalah waktu air surut ataupun mula-mula nak pasang… waktu ni senang sikit nak perdaya sebab siakap duduk di kawasan yang ada struktur. Biasanya macam kawasan ada batu-batu, kayu-kayu, tiang-tiang jambatan, tongkang pecah dan sebagainya.
Siakap menunggu untuk ambush anak-anak ikan. Jadi kenalah pergi casting di kawasan strategik macam ni. Kalau air pasang, siakap agaknya masuk dalam bakau ikut anak-anak ikan yang masuk ke dalam bakau untku cari makan dan berlindung.