Keadaan arus di sini agak laju dan penulis menyarankan agar pemancing yang menggunakan batu ladung yang agak besar. Penggunaan umpan hidup seperti anak ikan paling efektif semasa kunjungan penulis namun umpan udang dan ikan kembong juga turut efektif berdasarkan pengalaman Vincent.
Secara keseluruhan, keadaan Greenway Fish Farm and Chalet memang sesuai sebagai lokasi untuk anda meluangkan masa bercuti bersama keluarga atau ebrsantai sambil memancing bersama rakan-rakan. Kaki pancing yang mahukan lokasi memancing santai dan merasakan angin laut, apa kata anda luangkan masa di sini nanti.
Pancingan siang hari – RM30 (Dewasa), RM15 (Kanak-kanak)
Ads
BAGAIMANA KE SINI?
-Dari Kuala Lumpur, pandu ikut Lebuh raya Persekutuan hingga ke Pelabuhan Klang. Manakala jika anda dari Petaling Jaya boleh memandu mengikut NKVE. Pandu terus menuju ke Pelabuhan Klang (South Port).
Ads
-Pilihan lain adalah menggunakan komuter. Dari Stesen KL Sentral, ambil perjalanan ke Stesen Pelabuhan Klang yang mengambil masa kira-kira 1 jam.
-Apabila anda tiba di jeti, anda boleh pilih perkhidmatan bot atau feri ke Pulau Ketam. Jika anda mahu terus ke Greenway, ambil bot ke sana kerana perkhidmatan feri membawa anda ke Pulau Ketam dan anda perlu menaiki bot lain ke Greenway.
untuk pakej terkini bolehlah hubungi pihak Greenway
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Beberapa hal yang perlu diperhatikan untuk menentukan lokasi terbaik udang galah antaranya, kenali struktur dasar sungai tempat di mana kita memancing. Selalunya dasar sungai berbentuk liku-liku dan beralun-alun.
Kedua, lihat pada keadaan arus sungai lazimnya aliran air agak perlahan atau alirannya tidak terlalu deras. Jika arus deras menandakan kawasan tersebut lebih dalam, manakala aliran perlahan pula adalah sebaliknya.
Cara memakan umpan
Apabila udang galah beratnya lebih 300gram, maka umpan akan langsung dilarikan dan hujung joran akan langsung melentik atau melengkung.
Bagi udang ukuran biasa dan kecil, biasanya sewaktu umpan dimakan, umpan akan dipegang dan ditarik-tarik menggunakan sepitnya sehingga hujung joran akan melentik beberapa kali seperti ikan kecil yang makan.
Memancing udang galah haruslah sabar dan toleransi. Pada saat umpan dimakan oleh udang, joran akan melentik atau melengkung, yang perlu kita lakukan tahan saja jangan
disentap kerana ia akan menjadikan mulut udang koyak dan pastinya udang galah akan terlepas.
Jika udang sudah mengena, angkat joran perlahan-perlahan sambil mengarau kekili dengan posisi hujung joran mendongak ke atas sehingga line tegak lurus dengan permukaan air.
Udang biasanya jika terkena pancing akan mundur ke belakang dan membengkokan tubuhnya, jika disentap atau ditarik terlalu kuat akan membuat mulutnya koyak terkena kail.
Jadi pancinglah dengan atau situasi yang tenang dan santai. Kadang-kadang juga udang galah makan tanpa ada gerakan, jadi untuk 10-15 minit sekali perhatikan keadaan umpan dengan karau perlahan lebih kurang 1 kaki karauan.
Isyarat udang memakan umpan adalah tidak sama mengikut keadaan. Ada pula yang menyambar dengan kasar seperti ikan. Sambaran yang kecil dan perlahan tidak semestinya udang kecil dan sambaran yang kasar dan kuat tidak semestinya udang besar.
Cara memancing di atas sampan
Untuk memancing di atas sampan, paling sesuai dan selesa ialah 2 orang untuk sebuah sampan sepanjang 12-17 kaki. Lima atau tiga batang joran seorang adalah bertepatan.
Tidak menghairankan jika ada yang menggunakan lebih dari itu jika ia mampu mengawal kesemuanya.
Susunan joran di atas sampan semasa memancing juga penting mengikut aturan yang betul seperti joran 1 dilontar jauh, diikuti joran 2 dekat sedikit dan begitulah seterusnya
hingga joran terakhir dihulur saja bawah sampan. Ini semua dapat mengelakkan dari berbelit sesama sendiri.
Melontar umpan sehingga batu ladung menjejaki dasar sungai, kemudian karau tali dikekili sehingga tegang.
Seterusnya diletakkan joran di tepi sampan tanpa dipegang dengan tangan dan tunggu.
Jika sudah pasti udang telah menelan umpan lakukan sentapan yang lembut atau terus mengarau tali.
Memancing udang galah di tebing (menebing)
Pilih kawasan tebing yang lapang dan tidak terlalu bersemak untuk mengelakan gangguan haiwan atau binatang seperti ular dan sebagainya.
Ia juga untuk memudahkan untuk membuat lontaran dan karauan pancing. Lima atau tiga batang joran seorang adalah bertepatan dan mencukupi.
Susunan joran di tepi tebing juga penting semasa memancing mengikut aturan yang betul seperti joran 1 dilontar jauh, diikuti joran 2 dekat sedikit dan begitulah seterusnya.
Ini semua dapat mengelakkan dari berbelit sesama sendiri. Pastikan juga menggunakan pancang atau rod holder bagi mengelakkan joran terjun ke dalam sungai.
Saya percaya kebanyakan pemancing, pada awalnya ramai yang menggunakan kili tembaga (swivel snap) yang murah harganya. Tentu saja ia bukan satu kesalahan untuk menggunakannya walaupun ia kurang berkualiti. Dalam banyak kes, kili murah ini ternyata memainkan peranannya dengan baik. Terutamanya jika sesi pancingan lebih kepada pancingan santai dan aksi ringan.
Kita gunakan kili supaya ia bertindak sebagai penghenti gelongsoran batu ladung sepanjang tali sehingga ke mata kail, dan kita mahu ia menghindarkan masalah tali berpintal.
Untuk tugasan pertama itu, kili jarang gagal jika ia diikat dengan betul. Tetapi untuk tugasan kedua, terdapat darjah-darjah akan bagaimana ia memainkan peranannya dengan baik.
Kili bergalas bebola berkualiti tinggi sememangnya lebih mahal harganya dan lancar putarannya agar tali bebas dari berpintal. Tetapi ketahanan dan kos harganya bergantung kepada gred logam tahan karat pada galas bebola tersebut.
Kili tembaga murahan berpadanan dengan kerendahan kualitinya, justeru kurang tahan, terutama dalam situasi yang agak kasar misalnya apabila memancing di perairan berarus laju.
Jika menggunakan teknik mata kail berangkai, umpan ikan biasanya berpintal, terutamanya di pantai berombak. Jadi, masalah tali berpintal ini perlu diselesaikan. Pilihlah kili yang bagus putarannya.
Ia lebih bagus berbelanja lebih sedikit membeli kili yang berkualiti daripada perlu menukar tali pancing yang rosak.
Kebanyakan kili dihasilkan berwarna hitam, berkilat dan berwarna tembaga. Lazimnya, kili hitam biasanya agak mahal berbanding warna tembaga.
Penggunaan kili hitam dan berkilat dikatakan mampu mempengaruhi hasil tangkapan, namun peratus perbezaannya amat kecil. Yang lebih penting adalah faktor ketahanan berbanding warnanya.
Setelah trekking berkilometer jauhnya, memikul beg berat muatan berjam-jam lamanya, panjat bukit redah denai randuk sungai sampai berjelir lidah dibuatnya, tetapi bila sampai di lubuk memancing… jangan sia-siakan masa dan tenaga korang dengan melakukan perkara-perkara berikut…!
Celebrate Awal
Sesampai saja kat lubuk memancing korang terus celebrate kejayaan trekking dengan terjun, mandi-manda dan bergembira di kawasan lubuk. Dah puas celebrate barulah bersedia untuk memancing. Memang cerahlah masa depan untuk kumpau sehingga balik. Ikan-ikan liar ni kalau terkejut dan takut memang makan masa berhari-hari lamanya untuk kembali semula ke lubuk asal.
Berebut Spot
Perkara yang tak sepatutnya berlaku ini akan berlaku kalau kaki casting dan kaki bottom join bersama dalam satu trip. Kaki bottom biasanya akan menyamar dan menyorok sehabis mungkin untuk mengendap kelah. Tau-tau datang kaki casting dengan bersahaja baling gewang ke spot yang sama. Silap-silap bukan saja akan kumpau bahkan akan berlaku insiden yang lebih buruk.
Bajet Umpan
Biasanya bermula dari rumah lagi, malas nak pikul sawit banyak-banyak. Bawak sawit bajet ngam-ngam untuk kegunaan sendiri saja. Kemudian bila nak trekking ke lubuk dari campsite pun bajet lagi. Sudahnya masa masa umpan habis dibuat rasuah dan umpan tapi ikan belum buka mulut.
Tertinggal Alatan
Adakalanya kekili dan joran memang dah sempurna tetapi aksesori lain seperti mata kail, perambut dan batu ladung tertinggal, atau silap bawa yang tak bersesuaian. Untung-untung nasib dapatlah pinjam daripada rakan-rakan yang lain. Tetapi kalau rakan-rakan lain pun bawa alatan yang cukup untuk kegunaan sendiri saja, maka sendiri mau ingatlah apa akan jadi.
Patah Semangat
Biasanya dalam kepala pemancing dah terbayang suana lubuk, ikan-ikan dan kejayaan yang akan dicapai sebelum hari trip lagi. Sebaliknya apabila tiba hari kejadian dan melihat lubuk tidak sebagaimana yang dibayangkan, semangat terus down. Belum start pancing pun dah patah semangat memang berkemungkinan besarlah akan pulang dalam kekumpauan.
Tidur
Dua lokasi yang cukup seronok untuk tidur ialah di laut dan hutan. Susah nak komen bab tidur ni sebab memang ada pemancing yang tak boleh nak ubat tabiat suka tidur bila dah tiba di lokasi memancing. Kalau korang bersedia untuk kumpau atau langsung tak kisah kalau kumpau bolehlah membuta sepanjang waktu.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...