Panjang tangsi dalam sedepa (jangan terlebih panjang melebihi joran). Kemudian guna batu ladung kepit dan kepit lebih kurang sejengkal dari mata kail. Sebenarnya tali pancing tu jangan panjang sangat. Kalau orang dewasa lebih kurang setengah depa je.

 

Tapi saya lebih suka tali pendek sebab bila ikan bawak lari umpan tak terasa ikan tu merempit… macam tak mencabar. Selalunya kalau tali panjang bila ikan tu merempit dia akan masuk kat mana-mana celah kayu atau pelepah sawit dalam air.

Kat situlah cabarannya dan kenalah pandai control. Umpan biasanya guna cacing tanah je.

 

Lubuk paling mudah untuk cari limbat ialah parit-parit tanah gambut yang biasanya terdapat di kawasan estet atau ladang kelapa sawit. Jika memancing bersama rakan, sebaiknya jarak antara pemancing sekurang-kurangnya 20-30 kaki.

Part inilah kena hati kering sikit sebab waktu malam. Kalau takut duduk jauh-jauh, rapat-rapat pun boleh tapi kuranglah hasilnya.

Ads

 

Masukkan mata kail dalam air kemudian kocak air parit dengan hujung joran. Kocak dalam 5 saat kemudian berhenti 3 saat, kemudian kocak dan begitulah seterusnya sehingga

umpan kena ngap. Kalau malas kocak, korang henjut sikit-sikit hujung joran bagi umpan turun naik.

 

 

Ads

 

Cara kocak joran pun ada caranya juga. Celupkan hujung joran tu lebih kurang setengah jengkal dalam air, dan jangan kocak air tu kuat sangat. Sedang-sedang je. Kalau nak kocak kuat-kuat pun boleh tapi cepat letihlah

 

Hasilnya kalau tempat tu banyak limbat memang ralit dibuatnya. Hilang semua rasa seram sejuk. Kena elok saiz yang bagak-bagak pun boleh keluar. Biasanya kalau dapat saiz yang 2-3 jari ke atas tu saya akan lepas balik sebab dah tua… dah tak sedap rasanya.

Ads

 

Kalau memancing di dalam sawah padi, tali air atau parit yang ada titi berkolong, cuba pancing depan muka kolong tu time malam. Biasanya pasti ada cuma banyak tak banyak je.

 

Kalau malas atau takut nak pancing waktu malam gelap tapi teringin nak makan keli limbat ni, buat tajur dan pasang banyak-banyak. Tinggal dan pergi tengok selepas subuh.

Kalau dah rezeki tu tak ke mana…. itupun kalau tak kena makan dgn kengkawan dia. Selalunya seekor dua mesti tinggal kepala je.

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI